Juara Liga Super Malaysia (MSL) dilaporkan telah memenangi kes tuntutan FIFA ke atas kelab dari Argentina berkaitan tuntutan yuran pinjaman pemain, Jonathan Herrera daripada kelab Argentina, Independiente.
Jonathan Herrera diumumkan sebagai penyerang import baharu JDT untuk Liga Malaysia musim 2020. Namun pada ketika itu, kelab dari selatan tanah air tersebut turut mendapat tawaran untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman daripada Independiente yang turut berminat mendapatkan khidmat pemain itu.
Reigning Super League champions, Johor Darul Ta’zim (JDT) continue to beef up their squad for the 2021 Malaysian League (M-League) as the club, reportedly will sign Argentinian striker, Jonathan Herrera (29) from Primera B Nacional side, Deportivo Riestra. pic.twitter.com/mGTaDVZl9j
— Asian Football (@AsianFootballs) January 13, 2021
Independiente laggar perjanjian
Perjanjian di antara dua kelab itu kemudiannya menemui persetujuan dengan yuran pinjaman sebanyak $200,000 (atau bersamaan RM833200) yang perlu dijelaskan oleh Independiente kepada JDT.
Turut diselitkan ke dalam perjanjian, Independiente turut diberikan pilihan untuk menjadikan perjanjian pinjaman Herrera sebagai perpindahan tetap dengan yuran sebanyak $1 juta (RM4.1 juta).
AHORA | Cuarta inhibición en FIFA para #Independiente . Prohibición para registrar nuevos futbolistas por parte del #Johor de Malasia por el préstamo de Jonathan Herrera. CAI tiene que abonar 200 mil USD + multas e intereses.
Total a levantar: 1.110.000 USD + intereses. pic.twitter.com/ZDnAR2bVON
— Matias Martinez (@Mati_Martinez) December 30, 2021
Laporan dari Argentina berkata Independiente memilih untuk tidak mengaktifkan pilihan untuk membeli penyerang berusia 30 tahun itu.
Nilai keseluruhan hutang Independiente yang telah meningkat dan perlu dijelaskan kepada JDT kini dilaporkan berjumlah $1.1 juta (RM4.5 juta) yang perlu dijelaskan sebelum 2022. Jumlah tersebut diputuskan oleh FIFA dan turut termasuk bayaran penalti dan faedah.
Independeiente didenda
Disebabkan kegagalan menjelaskan yuran pinjaman kepada JDT, kelab Argentina itu kini tidak dibenarkan oleh FIFA untuk mendaftar pemain baharu.
Tidak dapat dipastikan sama ada Herrera akan kembali ke JDT selepas ini dan bakal beraksi di Liga Malaysia, atau pun akan mencari pasukan lain di Amerika Selatan.
Sepanjang musim 2021, Jonathan Herrera telah beraksi dalam 29 perlawanan untuk Independiente dan turut menyumbang enam gol di pertandingan Piala Amerika Selatan. Beliau dipercayai masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun bersama JDT.