JDT menang selesa 7-0 di Larkin semalam. Ia adalah jadual perlawanan yang kita jangkakan perlawanan tumpuan pada pra musim lalu.
Namun prestasi semasa Melaka agak kritikal dari segenap sudut.
Susunan taktikal Mora
Pengadaptasian dan pemilihan pemain dilihat menjadi untuk kem Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemain seperti Afiq Fazail dan Azamuddin Akil adalah kepingan ‘puzzle’ yang dicari-cari untuk memberikan perbezaan.
Pengadaptasian dan pemilihan yang penulis cuba sampaikan adalah ketepatan dalam meletakkan Amirul Hadi di tempat asal beliau.
Dari segi keseluruhan perlawanan dan kualiti pasukan, JDT ternyata di tahap berbeza dan memiliki ketajaman yang lebih baik keran tactical tweaks ini.
Eksperimen Mora
Kedua-dua pasukan mengalami masalah prestasi yang tidak menentu. Benjamin Mora meletakkan kembali Afiq Fazail sebagai pemain tengah bertahan bagi menggantikan Amirul Hadi.
Amirul Hadi antara pemain yang beraksi di bawah par ketika menentang Global FC.
Dengan kemasukkan Afiq Fazail, beliau tenang mengemudi bahagian tengah JDT di samping mempunyai kelebihan ketika menyerang dan itu apa yang diperlukan JDT selepas pemergian Hariss Harun.
JDT mempunyai masalah di bahagian tengah dan ianya menimbulkan kemarahan penyokong JDT yang menginginkan ‘Bermuda Triangle’ mereka diturunkan.
Namun Benjamin Mora sekali lagi bereksperimen dan hasilnya beliau meletakkan Amirul Hadi di posisi lebih ofensif.
Sususan taktikal Eric Williams
Jelas sekali Melaka United masih tidak mempunyai formasi tetap mereka walaupun Liga Super hampir menuju ke separuh musim kedua. Eric William menggunakan formasi klasik 4-4-1-1 di dalam perlawanan ini.
Melaka United beraksi tanpa Amri Yahya kerana isu teknikal. Agak mengejutkan mengapa Eric tidak mahu menurunkan Fauzi Roslan yang sebelum ini menunjukkan kualiti beliau dari segi pengalaman dan keinginan di atas padang.
Sergio Aguero bertindak sebagai second striker di dalam perlawanan ini.
Fasa serangan JDT
Eric tahu mereka bakal mempunyai tugas yang sukar di Stadium Larkin. Melaka United jelas bermain dengan ‘high line’ bagi menyukarkan pemain JDT bergerak bebas di zon 14 JDT.
Namun permainan sedemikian memerlukan tahap fokus yang tinggi selain kadar kerja (workrate) yang lebih tinggi terutama untuk berhadapan risiko ditewaskan di garisan tinggi.
JDT jelas bermasalah menghadapi lawan yang menggamalkan corak pertahanan secara ‘high line’ kerana mereka dilihat seperti sukar untuk memecahkan kawasan padat (opposition ‘tight area’).
Antara masalah utama JDT musim ini adalah kerap menyerah kalah untuk masuk ke zon padat dan mulalah bermain hantaran ke sisi (sideway) dan ke belakang. Ini gambaran kepada masalah ini yang JDT hadapi musim ini.
Apa yang JDT cuba lakukan adalah dengan bermain pantas bagi mengelakkan kepadatan (compact) di kawasan 11 ataupun bulatan tengah.
Mereka akan cuba menjana binaan serangan di bahagian sisi terlebih dahulu sebelum masuk lebih ke dalam (deeper).
Cuba perhatikan cara mereka beroperasi dari sisi masuk ke dalam zon 14 ketika menentang Pahang (MSL).
Walaupun JDT agak bermasalah di bahagian hadapan kerana penyerang utama (Hazwan) kurang efektif. JDT agak (strikerless). Ia bukan sistem tetapi lebih kepada technically error.
Namun mujurlah mereka masih mampu menjaringkan gol melalui pemain tengah mereka yang sentiasa pro-aktif dan mampu menjaringkan gol.
Kelemahan pertahanan Melaka
Keempat-empat gol JDT di separuh masa pertama merupakan kesilapan dari pemain Melaka United yang cuba melakukan perangkap ofsaid.
Mereka jelas memberikan ruang yang mencukupi untuk Azamuddin Akil dan Gonzalo Cabrerra bebas berlegar di half space.
Azamuddin Akil cemerlang menguasai half-space selepas menggantikan Hazwan Bakri yang mengalami kecederaan.
Melaka United cuba bertahan dalam zonal marking namun terlalu lemah kerana tiada space marking ataupun kawalan yang efektif dikenakan ke atas pemain-pemain JDT.
Ini adalah masalah Melaka musim ini dari hari pertama. Mereka lemah dalam isu kawalan ruang di dalam padang. Ini senario ketika menentang Pahang tempoh hari.
Pemain Melaka United hanya duduk statik dan lambat untuk closing down yakni menghentikan ancaman pemain JDT yang jelas cuba memenuhkan zon 14 dengan unit pemain yang ramai.
Antara titik lemah (weakest link) Melaka United adalah Khuzaimi dan Ezril yang tidak memberi perlindungan kepada bek berempat Melaka United.
Anda saksikan rangkuman ini dan nilailah sendiri. Betapa huru-haranya pertahanan mereka. Kesilapan individu yang banyak dan juga tidak stabil dalam pengurusan defensif.
Melaka United tumpul
Di separuh masa kedua, Melaka United memiliki lebih banyak penguasaan bola. Namun terlalu lemah dalam menyudahkan peluang yang dihasilkan.
Spasojevic jelas tidak berada di tahap terbaik beliau. Melaka United banyak menggunakan Sergio Aguero sebagai titik fokal dalam merencanakan serangan.
Namun mereka mempunyai masalah di kawasan serangan. Pemain target man mereka diasingkan dari organisasi ataupun bahasa universalnya yang kerap kita dengar, isolated.
Ini menjadikan mereka strikerless seperti JDT. Secara posisi dan pengisian formasi mereka terputus hubungan (disconnected).
Tetapi mereka tidak ada goalscoring midfielder atau winger seperti lawan mereka.
Kerapuhan pertahanan JDT
Walaupun tidak bolos, JDT masih ada isu dari segi organisasi dan disiplin ketika bertahan. Mujurlah Afiq Fazail dan Shakir Shaari yang mudah mematahkan setiap gerakan Melaka United dengan kadar segera.
Ia juga kerana kualiti Melaka United yang tidak mampu untuk mengatasi lapisan kedua belakang pertahanan JDT itu.
Rumusan
Ia kemenangan penting untuk JDT. Untuk Melaka United, kekalahan 7-0 adalah angka yang terlalu besar bagi pasukan mereka.
Diharap JDT tidak terbuai-buai dengan kemenangan skala besar ini kerana lawan mereka semalam jelas tidak beraksi di tahap sebenar.
Eric William ada masalah kritikal dalam perlawanan ini. Ia adalah tactical error serta isu teknikal yang harus segera mencari solusi jika tidak mahu ‘direhatkan’.
Apa yang Mora boleh pelajari dari perlawanan ini adalah, utamakan pemilihan posisi dengan pemain yang betul jikalau tidak terdesak kerana kecederaan, isu kecergasan atau penggantungan.
JDT berpeluang untuk berada di puncak liga jika mereka menang ke atas Kelantan dalam perlawanan tengah minggu ini.
Kemenangan JDT semalam melebarkan lagi rekod tanpa tewas di laman sendiri dalam saingan Liga Super Malaysia kepada 50 perlawanan sejak musim 2013.
Melaka harus pergi ke pusat latihan dan berlatih dari asas sekali lagi untuk aspek taktikal. Ini untuk memastikan mereka tidak tersingkir dari Liga Super.
Eric Williams perlu selesaikan isu taktikal dan formasi utama di dalam pasukan ini. Mereka ada unit pemain yang berkualiti tetapi lemah dari segi output.
Pemain terbaik pilihan penulis
Safiq Rahim (JDT)
Jaringan hatrik Safiq Rahim menjadikan beliau sebagai penjaring kedua terbanyak untuk kelab JDT di belakang Jorge Pereyra Diaz.
Hanya 3 gol sahaja lagi untuk Safiq menempatkan diri beliau sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah kelab ini.
Nota editor: Analisis ini adalah dari penulis laman Semuanya JDT – DC Fatyy. Ikuti facebook mereka untuk lebih banyak kupasan tentang JDT.
Kami alu-alukan jika anda mahu menulis laporan perlawanan dan analisis perlawanan di tempat anda. Emailkan ke [email protected] dalam bentuk Microsoft Words (300-800 patah perkataan) untuk dibacaan jutaan peminat bola sepak.
Baca juga: Pulau Pinang Menang Perlawanan Pertama Liga Super Musim Ini