JDT Mara Ke Separuh Akhir Buat Pertama Kali Sejak 2014!

JDT menyingkirkan Melaka dalam saingan suku akhir Piala Malaysia 2017 musim ini. Semalam JDT dan Melaka hanya seri 1-1 di Larkin.

JDT merehatkan trio import mereka namun masih memiliki skuad yang sangat kuat di dalam perlawanan ini.

Nazmi Faiz menemui sentuhan jaringan beliau pada minit ke-20. Melaka menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Felipe De Almeida Souza.

Namun tiada tambahan gol dicatatkan pada separuh masa kedua dan JDT menang bergaya secara agregate 5-2.

JDT ke separuh akhir!

Ini adalah kemaraan pertama JDT ke separuh akhir Piala Malaysia dalam tempoh 3 tahun. Kali terakhir mereka mara ke separuh akhir Piala Malaysia adalah pada 2014 menyingkirkan pasukan Terengganu di suku akhir.

Mereka turut mara ke final pada tahun tersebut dan tewas di tangan Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.

JDT yang sudah dinobatkan juara Liga Super 2017 kini mengalihkan perhatian serius untuk Piala Malaysia.

Mereka pastinya mahu menamatkan kejuaraan berganda musim ini selepas kempen yang kurang memuaskan dalam Piala FA dan Piala AFC musim ini.

Bagi pasukan Melaka, pada awal musim mereka dianggap bakal pencabar semua pertandingan musim ini.

Berlaku krisis prestasi dan pertukaran jurulatih di dalam kem mereka. Pada jendela pertengahan musim, mereka menjadi pasukan yang berbelanja besar membawa masuk sekurang-kurangnya 6 pemain.

Namun ia masih gagal memberikan impak lebih besar kepada kem Melaka. Mereka masih bertarung daripada zon penyingkiran dan memerlukan 1 lagi kemenangan di dalam liga.

Kredit foto ; JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN