JDT Mahu Bermula Dengan Langkah Kanan Dalam Piala AFC

Juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad memburu 3 mata penuh apabila melayan kunjungan kelab dari Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta dalam saingan kumpulan H Piala AFC di Stadium Larkin malam ini.

Pengendali JDT, Ulisses Morais menyifatkan Persija bukan lawan yang mudah dan mereka sudahpun melakukan persiapan rapi untuk memastikan fizikal serta kecergasan pemain berada di tahap memuaskan.

“Kami akan berhadapan dengan satu lagi perlawanan yang berbeza dari perlawanan yang sebelum ini. Kami juga telah mengenalpasti akan kemampuan pasukan Persija Jakarta. Walaubagaimanapun kami akan bermain di laman sendiri, oleh itu kami perlu memastikan perancangan kami berjalan lancar untuk mendapatkan tiga mata penting.

“Kami baru sahaja beraksi untuk perlawanan bertemu pasukan Kuala Lumpur pada tiga hari lepas, begitu juga dengan pasukan Persija yang juga mempunyai perlawanan dua hari lepas. Esok kami akan melakukan keputusan untuk menentukan siapa pemain yang terbaik untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama.

“Untuk perlawanan esok (malam ini), Cabrera tidak akan diturunkan kerana kita sudah melebihi pemain import,” katanya seperti dipetik melalui lama facebook JOHOR Southern Tigers (JST).

Barisan kejurulatihan JDT juga telah meniliti rakaman video pasukan lawan dan mengenalpasti beberapa kelemahan pasukan lawan.

“Mengenai perlawanan esok, kami sudah meneliti video perlawanan pasukan Persija Jakarta. Kami akan memberitahu para pemain kami bagaimana mereka perlu bermain dan apakah strategi yang perlu pemain kami lakukan ketika menentang pasukan lawan,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan JDT, Safiq Rahim yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya dan akan beri komitmen seratus peratus dalam semua perlawanan yang bakal dihadapi.

“Harapan kami untuk perlawanan pertama Piala AFC yang akan berlangsung esok pastinya adalah mahukan keputusan yang baik. Setiap kali kami berada dalam mana-mana pertandingan, perlawanan pertama adalah perlawanan terpenting bagi pasukan kerana kami mahukan keputusan positif. Lebih-lebih lagi kami bakal bermain di halaman sendiri, oleh itu motivasi akan menjadi lebih tinggi.

“Insya-Allah sesiapa yang bakal diturunkan oleh jurulatih untuk perlawanan esok akan melakukan yang terbaik demi Johor Darul Ta’zim (JDT). Kami akan memberikan seratus peratus komitmen demi memungut tiga mata penting,” katanya.

Namun begitu, Safiq tetap menghormati Persija dan tidak mahu memandang mudah pada cabaran kelab gergasi dari ibu kota Jakarta itu.

“Kami tahu kemampuan pasukan Persija Jakarta. Mereka merupakan antara kelab terbaik dalam Indonesia dan juga kelab yang besar di sana. Kami tidak boleh memandang rendah kepada mereka.

“Mereka mempunyai kekuatan tersendiri, kami tidak akan memandang rendah kepada pasukan lawan dan perlu fokus dengan pasukan sendiri. Apa yang penting, kami lakukan tugasan sebagai pemain serta mengikut segala taktikal yang telah diberikan oleh jurulatih,” jelasnya.

Safiq turut menegaskan mereka sudah melupakan kekalahan pertama Liga Super musim ini kepada Kuala Lumpur dan mahu bangkit dalam perlawanan yang seterusnya.

“Mengenai perlawanan bertemu Kuala Lumpur baru-baru ini, ia sudah pun menjadi sejarah untuk JDT. Kami perlu perbaiki untuk menjadi lebih kuat, dan mungkin itu merupakan salah satu pemangkin semangat kami untuk menjadi lebih baik. Kami akan sentiasa memperbaiki kelemahan dan mencuba untuk tidak mengulangi kelemahan sebelum ini.,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN