JDT Luah Rasa Kecewa, Mutu Tahap Pertandingan Naungan NFDP Tidak Memuaskan

JDT menerusi laman JOHOR Southern Tigers di Facebook telah mengeluarkan kenyataan penuh kecewa diatas mutu kejohanan bola sepak peringkat umur kelolaan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Menerusi Alistair Edwards yang merupakan Pengarah Sukan JDT, pihak JDT cukup kecewa dengan mutu kualiti kejohanan tersebut yang disifatkan beliau sebagai “tidak profesional.”

Kata beliau, skuad JDT B-12 dan B-13 tahun menyertai kejohanan naungan NFDP hari ini.

Namun begitu, beliau menerima aduan daripada jurulatih barisan kejurulatihan mereka yang mutu profesionalisma kejohanan tersebut berada pada tahap yang tidak memuaskan.

“Mereka tidak menyedia pengadil, malah tiada garis padang ditandakan.”

“Mereka cuma guna kon untuk tandakan garis padang sahaja.”

Selain daripada itu, Alistair juga berkata yang kejohanan tersebut tidak menyediakan tempat teduhan yang sesuai untuk para pemain mereka berteduh.

“Tidak ada tempat teduhan untuk pemain disediakan.”

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Selain daripada itu, Alistair juga menyatakan yang pihak penganjur tidak memberikan alasan yang kukuh apabila sesebuah perlawanan ditangguhkan.

“Sepak mula yang dijadualkan sebaliknya tertangguh tanpa alasan yang jelas.”

Apa yang menjadi kegusaran Alistair adalah mengenai tahap kualiti penganjuran kejohanan tersebut kerana baginya ia sungguh berbeza dengan apa yang sering dilakukan oleh pihaknya di JDT.

Kejohanan ini merupakan penganjuran kali pertama dan beliau berharap mutu penganjuran dapat ditingkatkan di masa akan datang.

“Walaupun saya menyedari bahawa ia adalah pertandingan pertama untuk musim 2017, saya benar-benar berharap bahawa organisasi ini boleh dinaikkan kepada tahap yang sesuai untuk manfaat pemain dan pegawai pasukan yang mengambil bahagian.”

Baca juga: OGC Nice Sah Tamatkan Ligue 1 Dalam Kelompok 3 Teratas, Jauh Tinggalkan Lyon

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN