JDT Lantik Ketua Jurulatih Penjaga Gol Yang Baharu

Bagi meningkat prestasi penjaga gol dan melahirkan lebih ramai bakat baharu, juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pelantikan ketua jurulatih penjaga gol yang baharu dari Sepanyol, Orkatz Martin Egana.

Pengumuman itu dibuat oleh pengarah teknikal JDT, Alistair Edwards melalui laman facebook rasmi JOHOR Southern Tiger (JST) sebentar tadi.

“Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Orkatz Martin Egana ke Johor Darul Ta’zim. Beliau akan menjadi Ketua Jurulatih kepada barisan kejurulatihan penjaga gol.

“Beliau akan melatih penjaga gol JDT dan juga semua jurulatih penjaga gol di JDT. Beliau berasal dari Sepanyol dan melatih kelab Athletic Club Bilbao yang melahirkan ramai penjaga gol berkualiti dan berbakat.

“Ini adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kami dan kami gembira beliau ada bersama dalam barisan kejurulatihan kelab kami,” kata Alistair Edwards.

JDT kini mempunyai 3 penjaga gol yang berpengalaman di peringkat antarabangsa iaitu Izham Tarmizi, Haziq Nazli dan Farizal Marlias.

Haziq Nazli yang mempamerkan prestasi cemerlang ketika mewakili skuad Malaysia Bawah 23 Tahun di Kejohanan AFC B-23 di China baru-baru ini bakal memberikan persaingan yang sengit kepada Izham Tarmizi yang sering menjadi pilihan untuk berada dalam kesebelasan utama.

Farizal Marlias akan kembali beraksi minggu depan setelah dikenakan hukuman perggantungan oleh pihak AFC atas kesalahan yang beliau lakukan ketika Piala AFC tahun lepas.

Kesalahan itu berlaku ketika perlawanan menentang Ceres Negros yang dimana Farizal bertindak berang terhadap pengadil perlawanan.

Hukuman yang bermula pada 9 Jun 2017 hingga 9 Jun 2018 pada asalnya kini telah dipendekkan kepada 8 bulan sahaja selepas Farizal dan pihak JDT sendiri melakukan rayuan kepada hukuman tersebut.

Pihak AFC telah menerima rayuan tersebut dan tempoh perggantungan Farizal kini hanya akan sampai pada tarikh 9 Februari sahaja.

Namun begitu, pihak AFC memberi peringatan yang seandainya Farizal menerima kad merah dalam tempoh 4 bulan sehingga 9 Jun 2018 maka perggantungan akan diteruskan secara automatik.

Ia merupakan satu berita baik buat JDT memandangkan Farizal kini boleh memulakan kempen Liga Malaysia seperti biasa pada tahun hadapan.

Jika ikut pada hukuman asal, Farizal akan terlepas beberapa perlawanan pada musim 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN