JDT Lancar Kad Visa Dan Keahlian Yayasan Johor Darul Ta’zim

Juara Liga Super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah ke hadapan apabila melancarkan Kad Visa JDT dan Keahlian Yayasan JDT di JDT Cafe semalam.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dato’ Dennis Muhammad bin Abdullah

Menurut kenyataan di laman facebook Johor Southern Tigers (JST), pelan pembangunan semula Yayasan JDT telah dijalankan dan dirangka dengan tujuan agar yayasan ini dapat bergerak dan beroperasi semula dengan struktur pentadbiran yang lebih baik bagi mencapai objektif penubuhan yang telah digariskan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ketika awal penubuhannya.

Pengerusi Yayasan JDT, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata dalam Berita Harian, pihaknya telah melakukan penstrukturan semula Yayasan tersebut dengan menyasarkan jumlah keahlian seramai 100,000 hingga 200,000 orang dalam setahun.

“Ketika ini kita baru ada 1,300 keahlian sejak ia diperkenalkan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 7 Disember 2016 dan dana yang terkumpul adalah RM100,000 dan ia tidak mencukupi untuk melaksanakan program yang dirancang untuk penyokong.

“Penstrukturan semula Yayasan JDT bakal menyaksikan ia beroperasi dengan lebih baik bagi mencapai objektif penubuhan yang digariskan untuk dinikmati penyokong JDT malah turut dipersetujui Tunku Ismail.

“Antara kelebihan yang dimiliki oleh ahli yang berdaftar dengan Yayasan JDT, ahli diberikan laluan khas untuk pembelian tiket dalam setiap perlawanan membabitkan JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan ketika ini 1,000 keping tiket dikhaskan kepada ahli yang sudah berdaftar,” katanya.

FOTO: JST

Beliau turut berharap semua kelab-kelab penyokong JDT dapat memberikan sokongan padu dan merealisasikan hasrat Yayasan JDT mencapai sasaran dana RM20 juta untuk manfaat bersama.

“Menerusi penubuhan Yayasan JDT akan tercapai hasrat penyokong untuk menjadi sebahagian daripada kelab JDT iaitu mewakili 40 peratus hak milik di mana yayasan berkenaan akan mewakili penyokong.

“Secara tidak langsung membolehkan penyokong terbabit dalam kemajuan dan pembangunan bola sepak kelab JDT bagi memartabatkan lagi bola sepak di negeri ini,” katanya.

Turut hadir di majlis pelancaran itu adalah Dato’ Haji Mohd Noorazam Osman, Pengerusi Yayasan JDT, YB Tuan Khuzzan Abu Bakar dan Tuan Hj On bin Jabbar selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan JDT, En. Raja Fouzeel, Pemangku Pengurus Besar Yayasan JDT dan En. Laveen Balaprabhakaran, Pengarah Urusan ICT Commerce Sdn Bhd.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN