Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City (KL City), dan Kedah Darul Aman (KDA) tampil berada dalam kedudukan 10 pasukan terbaik kelab bola sepak di Asia Tenggara untuk tahun 2022.
Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi laman Facebook Asean Football dengan ketiga kelab tersebut unggul untuk berada di kedudukan masing-masing berdasarkan sumbangan mereka di pentas antarabangsa.
https://twitter.com/theaseanball/status/1584484852572692481?s=46&t=Xq6ZPCC7uanLrSizN_MRSA
Paling cemerlang pastinya juara Liga Super 2022 iaitu JDT apabila kelab tersebut berada di kedudukan kedua dalam carta tersebut dengan dibezakan 3.5 mata sahaja berbanding BG Pathum United.
Wakil Thailand itu gah di kedudukan teratas setelah mengumpul 19.50 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan sekali sahaja tewas dalam kejohanan AFC Champions League.
Manakala JDT pula tidak kurang hebatnya mereka pada musim ini dalam saingan ACL setelah buat kali pertama, mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu juga tampil cemerlang menerusi empat kemenangan, satu seri, dan dua kekalahan sepanjang menghadapi kempen ACL.
#Congrulations Johor Darul Tazim 🇲🇾qualified to the round of 16 for the first time ever !
—
📸 #AFC #ACL2022 #JDT #MFL pic.twitter.com/rLcfpzqHoA
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 30, 2022
Lebih menarik, mereka juga berjaya mengejutkan beberapa pasukan seperti Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale, serta Guangzhou sebelum tewas kepada Urawa Reds di pusingan 16 terakhir.
Di tempat ketiga pula, KL City buat pertama kali tampil unggul selepas kejayaan mereka melangkah ke pusingan akhir AFC Cup (ACC) untuk musim ini dan mengejutkan ramai pemerhati bola sepak Asia Tenggara.
KL City pada asalnya tidak begitu diberi perhatian tampil cemerlang sejak peringkat kumpulan lagi selain mengejutkan beberapa pasukan pilihan, sebelum melayakkan di ke final untuk bertemu wakil dari Oman, Al Seeb.
https://twitter.com/theaseanball/status/1577917040660074496?s=46&t=Xq6ZPCC7uanLrSizN_MRSA
Rekod mereka pada musim ini boleh dianggap sangat membanggakan, apabila mencatat tiga kemenangan, tiga seri, dan sekali sahaja kekalahan iaitu di peringkat akhir.
KDA juga tidak kurang mencuri tumpuan apabila pasukan tersebut turut tersenarai dalam kedudukan 10 kelab terbaik Asia Tenggara untuk berada di tangga kelapan.
KDA yang tampil serba tidak konsisten dalam persaingan domestik jelas berjaya memberi aksi di luar jangkaan apabila mencatat dua kemenangan dan dua kekalahan di saingan ACC.
🟡 QUALIFIED 🟢
🇲🇾 Kedah Darul Aman emerge as Group G winners to reach the #AFCCup knockout stage for the first time since 2009 👏#AFCCup2022 | @kda_fc pic.twitter.com/qVwmYTRdym
— #AFCCup (@AFCCup) June 30, 2022
Walaupun bekas pengendali, Aidil Sharin dikritik pada awalnya kerana hadir dengan corak permainan kurang memberansangkan, beliau membuktikan KDA masih antara pasukan yang mampu berdaya saing di peringkat Asia Tenggara.