JDT Kini Berada Enam Mata Dihadapan Pencabar Terdekat, Pahang

Kemenangan 4-0 ke atas pasukan Negeri Sembilan semalam menyaksikan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) gah di puncak Liga dengan kelebihan 6 mata di hadapan naib juara Liga Super musim lepas, Pahang.

Pengendali JDT, Raul Longhi menyifatkan kejayaan itu adalah hasil daripada kerja keras pemainnya yang sentiasa meningkatkan prestasi masing-masing dalam setiap perlawanan.

“Tahniah saya ucapkan kepada para pemain kerana telah memberikan kemenangan dalam perlawanan ini.

“Bagi saya, perlawanan bertemu pasukan Negeri Sembilan merupakan perlawanan yang hebat dan para pemain juga telah memberikan corak permainan yang baik.

“Kami hanya agak sedikit tersasar pada 15 minit di separuh masa kedua di mana kami kerap kehilangan bola. Walaubagaimanapun, kami berjaya mencipta empat gol dan kini kami berada enam mata di hadapan pasukan Pahang,” katanya dalam kenyataan di laman facebook JOHOR Southern Tigers.

Longhi turut memuji prestasi rangkaian penyerang skuad itu yang mempamerkan persembahan bertenaga sepanjang 90 minit permainan.

“Saya amat gembira dengan persembahan yang diberikan oleh Safawi, Hazwan Bakri dan juga Cabrera. Ini adalah kenangan manis untuk barisan penyerang kami.

“Saya juga yakin dengan kehadiran pemain baru nanti sudah pasti akan memperkuatkan lagi pasukan kami,” katanya.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh akur dengan keputusan seri, 2-2 dengan Kedah ketika mereka memerlukan 3 mata penuh untuk merapatkan jurang dengan JDT.

“Pada perlawanan ini (malam tadi), segalanya serba tidak menjadi terutama pada separuh masa pertama kerana pemain terlalu mengikut rentak permainan lawan walaupun masih mampu menjaringkan dua gol.

“Apabila gagal beraksi dengan baik, kita banyak lakukan kesilapan ketika misi utama pasukan adalah meraih tiga mata untuk mengekori JDT.

“Pada separuh masa kedua pula, kita cuba untuk melakukan kebangkitan tetapi gol awal lawan pada minit ke-49 mengganggu rentak permainan pasukan” jelas Dollah seperti dipetik dalam Berita Harian.

Walaubagaimanapun, Dollah bersyukur kerana dapat raih sekurang-kurangnya 1 mata dan akan memastikan pasukannya bangkit dalam perlawanan yang seterusnya.

“Bagi saya, keputusan seri ini lebih baik jika dinilai daripada segi prestasi, di mana pasukan tidak beraksi seperti yang dipersembahkan pada tiga perlawanan sebelum ini termasuk ketika menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN