JDT Atasi Urawa Reds dan Buriram United Dalam Ranking Kelab-Kelab Terbaik AFC

JDT berjaya mengatasi kelab utama Jepun iaitu Urawa Reds dan juga kelab terulung Liga Thailand Buriram United dalam ranking terkini kelab-kelab terbaik AFC yang baru saja dikeluarkan oleh AFC sebentar tadi.

JDT kelab terbaik dari Asia Tenggara

Menurut ranking yang dikeluarkan oleh AFC, JDT merupakan kelab terbaik di Asia Tenggara ketika ini.

Mereka berjaya menduduki tangga ke-24 dengan mengutip 32.196 mata dan turut naik dari 11 anak tangga dari kedudukan ke-35 sebelum ini.

JDT juga berjaya memintas beberapa kelab utama yang sering menjadi ‘muka tetap’ di AFC Champions League seperti Urawa Reds Diamond dari Jepun dan juga Buriram United dari Thailand.

Urawa Reds Diamond jatuh ke tangga 26 dengan 40.167 mata – jatuh 6 mata dari kedudukan sebelum ini di tangga 20.

Sementara Buriram United pulang di tangga 31 dengan mengutip 28.806 mata – jatuh 17 mata dari kedudukan lalu di tangga ke-14.

2 lagi wakil negara, Selangor dan Pahang turut berjaya memasuki kelompok 100 kelab terbaik di Asia.

Selangor menduduki tangga ke-81 dengan mengutip 9.864 mata dan jatuh 10 anak tangga dari kedudukan lalu.

Sementara Pahang pula di tangga ke-83 dengan mengumpul 9.53 mata – naik 13 anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

Al Ain kelab terbaik Asia

Al Ain dari Emeriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi kelab terbaik di Asia selepas berjaya menduduki kelab teratas di ranking kelab terbaik AFC.

Mereka mengumpul 99.122 mata dan naik 3 anak tangga dari kedudukan lalu.

Kedudukan 10 kelab terbaik Asia juga menyaksikan kelab dari UAE, Korea Selatan, China dan Qatar menguasai carta dengan setiap negara mempunyai 2 wakil dalam kelompok 10 kelab terbaik Asia.

Cuma wakil dari Arab Saudi (Al-Hilal – tangga kedua) dan wakil Australia iaitu Western Sydney Wanderers (tangga kelapan) menjadi wakil tunggal kedua-dua negara dalam kelompok 10 pasukan terbaik Asia.

Berikut adalah kedudukan penuh 10 kelab terbaik Asia:

  1. Al Ain (UAE) – 99.122 mata
  2. Al Hilal (Arab Saudi) – 93.91 mata
  3. FC Seoul (Korea Selatan) – 95 mata
  4. Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan) – 89 mata
  5. Guangzhou Evergrande (China) – 82.717 mata
  6. Lekhwia (Qatar) – 69.384 mata
  7. Al-Geish (Qatar) – 59.884 mata
  8. Western Sydney Wanderers FC (Australia) – 55.876 mata
  9. Shandong Luneng Taishan (China) – 55.217 mata
  10. Al Ahli (UAE) – 53.122 mata

Anda boleh melihat senarai penuh ranking kelab-kelab terbaik di Asia dengan ke pautan di sini.

Tahniah, JDT!

Baca juga: FMLLP Umum Tarikh Baru Bagi Perlawanan Liga Super & Liga Perdana Yang Tertangguh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN