JDT II Pulang Gembira, Leburkan Rekod Tanpa Kalah PKNP FC Di Ipoh

Rekod tanpa kalah PKNP FC di laman sendiri akhirnya lebur apabila tewas 2-1 ditangan JDT II dalam aksi 100 PLUS Liga Premier 2017 di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Separuh masa pertama

JDT II memperlihatkan penguasaan pada babak pertama perlawanan namun gerakan-gerakan yang dilancarkan mudah dipatahkan pertahanan PKNP FC yang diketuai Ritus Krjauklis.

Tuan rumah memperoleh peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan pendahuluan.

Berpunca daripada sentuhan Gilberto Valdenesio melorongkan cantik bola kepada Muhammad Hafiz Ramdan.

Hafiz yang melakukan larian deras ke dalam kotak penalti hanya berhadapan dengan penjaga gol cuba melakukan hantaran silang kepada Shahrel Fikri. Namun pertahanan JDT II lebih pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

JDT II yang lebih menguasai bahagian tengah gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat pada babak pertama.

Jaringan yang ditunggu-tunggu peminat tuan rumah akhirnya menjelma.

Hafiz Ramdan yang sekali lagi melakukan larian solo melepasi pertahanan JDT II dan seterusnya berjaya membolosi gawang yang dikawal Samuel Jacob Somerville pada minit ke-44 perlawanan.

Sumber : Johor Southern Tigers

Separuh masa kedua

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim membuat 2 pertukaran awal babak kedua.

Vincent Lucas dan Deevan Raj Siva Balan masuk bagi menggantikan Muhammad Fadhil Idris dan Muhammad Hafiz Ramdan bagi menambah kekuatan pasukan.

Hantaran jauh dari Deevan Raj tepat singgah di kaki Shahrel Fikri,  namun Somerville lebih bersedia menepis sepakan yang dilakukan kapten PKNP itu.

Ketika PKNP FC begitu bersemangat bagi melebarkan penguasaan, Samuel Catalino Caceres Arza melakukan sepakan gunting yang berjaya menewaskan Ahmad Asyraaf Omar bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-63.

JDT II terus menggandakan asakan bagi memperoleh jaringan kemenangan dan usaha tersebut membuahkan hasil pada minit ke-77.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran lambung Mohammad Fahmi Zainal yang terus singgah di kepala Jeronimo Barrales yang tidak dikawal pertahanan PKNP FC.

Keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan. 3 mata berharga buat JDT II di tempat lawan.

Barisan pemain :

Perak – Ahmad Asyraaf Omar (penjaga gol), Muhamad Syazwan Zaipol, Ritus Krjauklis, Meor Nasrullah, Mohammad Raffi Nagoorgani, Ahmad Sukri Ab Hamid, Muhammad Fadhil Idris (Vincent Lucas),  Mohamad Hafiz Ramdan (Deevan Raj Siva Balan),  Hyeon Woo Kim (Mohd Irwan Syazmin), Muhammad Shahrel Fikri Fauzi (kapten) & Gilberto Valdenesio

JDT II – Samuel Jacob Somerville (penjaga gol), Che Rashid Che Halim, Daniel Sang Ting, Muhammad Amer Saidin, Hariz Kamarudin (Syahrul Azwari Ibrahim), Samuel Catalino Caceres Arza, Ramzi Haziq Mohamad, Muhammad Fahmi Zainal, Nicolas Alberto Fernandez (kapten), Jeronimo Barrales & Shafiq Shaharudin (Md Rozaimi Abd Rahman)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN