JDT & Hariss Harun Meterai Kontrak Lanjutan Selama Dua Tahun

Hariss Harun

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Singapura, Hariss Harun dilaporkan telah menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal bersama skuad gergasi tanah air itu sehingga 2021.

Beliau yang kini merupakan ketua pasukan JDT menyertai kelab Harimau Selatan itu pada musim 2014 selepas beraksi dua musim bersama LionsXII dalam saingan Liga Super Malaysia.

Menurut sumber laman facebook JOHOR Southern Tigers, Harris menzahirkan rasa terima kasih terhadap JDT dalam membantu perkembangan karier beliau.

”Saya baru berusia 24 tahun sewaktu tiba disini untuk memperbaiki corak permainan dan membantu pasukan mencapai sasaran. Projek itu masih sama seperti peringkat permulaan. JDT telah banyak membantu saya dari pelbagai sudut.”

Dalam pada itu, Hariss turut melihat cabaran pada musim hadapan sangat penting buat juara Liga Super lima tahun berturut-turut itu dan beliau mahu JDT mempamerkan konsistensi.

Hariss Harun berusaha keras untuk menghalang pergerakan Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

”Tahun hadapan adalah tahun yang penting buat kelab di Liga Juara-Juara AFC.”

”Kelab besar seperti JDT ini, harus konsisten bermain di tahap tertinggi ini dan ini adalah satu langkah yang besar,” kata Hariss.

Kontrak Hariss bersama JDT masih mempunyai baki sehingga tahun hadapan (2019) dan langkah awal yang diambil pemain yang bakal menjangkau usia 28 tahun pada November nanti, pasti meningkatkan moral pasukan yang masih mempunyai misi untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Selain daripada kejayaan meraih lima trofi kejuaraan Liga Super berturut-turut, Hariss Harun juga turut mengecapi nikmat menjuarai Piala AFC 2015 bersama JDT.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN