JDT Ucap Selamat Tinggal Dan Terima Kasih Kepada Fernando Elizari

Sebentar tadi menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, pasukan JDT ucap selamat tinggal kepada Fernando Elizari dan mendoakan yang terbaik untuk pemain dari Argentina tersebut.

Kempen domestik JDT berakhir semalam apabil mereka tersingkir daripada saingan Piala Malaysia. TMJ tetap bangga dengan musim ini kerana JDT mencapai sasaran yang ditetapkan.

TMJ mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan berjanji akan membentuk pasukan JDT yang lebih kuat selepas ini.

Fernando Elizari adalah pemain yang dibawa masuk oleh JDT pada pertengahan musim bagi menguatkan bahagian tengah pasukan. Beliau tiba menyertai JDT bersama-sama dengan Fernando Marquez.

JDT ketika itu kehilangan Jorge Pereyra Diaz dan memutuskan untuk tidak meneruskan khidmat Harry Novillo.

Musim ini Fernando Elizari berjaya membantu JDT melengkapkan kejuaraan Liga Super ke-5 berturut-turut.

Secara tak langsung Elizari juga telah membantu menyempurnakan misi JDT untuk mara ke ACL buat pertama kali musim hadapan.

Elizari bermain di bahagian tengah digandingkan dengan Natxo Insa dan Hariss Harun. Sekaligus menggantikan tempat Safiq Rahim pada musim ini dalam kesebelasan utama.

Musim ini juga beliau berjaya menjaringkan 2 gol sepanjang tempoh di JDT. Elizari antara pemain yang digemari oleh penyokong JDT kerana komitmen dan disiplin beliau di dalam padang.

Namun apakan daya, jodoh beliau bersama JDT tak panjang.

JDT pastinya dalam perancangan untuk membawa pemain import baharu bagi menguatkan pasukan mereka musim hadapan.

Musim 2019, JDT akan beraksi dalam ACL. Kualiti dan kualiti squad depth pastinya aspek yang akan menjadi sangat mustahak.

Selamat tinggal Fernando Elizari dan kami juga mengucapkan selamat maju jaya untuk anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN