JDT Buru Kemenangan Ketiga Berturut-Turut, TFC Mahu Elak Kecewa Berterusan

JDT

Kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Kuala Terengganu bagi perlawanan ketiga unifi Liga Super esok (Jumaat) bakal menjanjikan satu lagi aksi menarik dalam saingan minggu ini.

Dengan perlawanan Kuala Lumpur dan Perak yang dijadual berlangsung esok di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras ditunda selepas Malaysian Football League (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), ia sekali gus membolehkan segala tumpuan penyokong tanah air terarah kepada pertembungan JDT dan Terengganu FC (TFC).

Melihat kepada dua keputusan awal liga, ia bukan masa yang sesuai untuk tuan rumah TFC yang dibimbing Irfan Bakti melayan kedatangan JDT memandangkan mereka bergelut dengan prestasi apabila hanya seri 1-1 dengan PKNS FC sebelum tumpas kepada Pahang 3-0.

Berbeza dengan anak buah Benjamin Mora yang tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan momentum apabila mengalahkan Kuala Lumpur 4-1 minggu lalu selepas merangkul gelaran pertama dengan menewaskan Perak 1-0 pada aksi Sumbangsih.

Namun bagi pertahanan kanan JDT, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, mereka tidak boleh terlalu cepat mendabik dada kerana misi mereka untuk mempertahankan kejuaraan unifi Liga Super masih panjang.

“Syukur Alhamdulillah kerana kami berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini tapi bertemu Terengganu (TFC) esok (Jumaat) bukan mudah kerana mereka pasti lebih bersedia kerana mahu mendapatkan kemenangan pertama musim ini.

“Kami perlu berusaha lebih keras, kerana Terengganu memiliki pemain yang bagus dan memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri. Bagi pemain JDT, tiada istilah ambil mudah dan harus berusaha keras seperti yang selalu diingatkan oleh ‘bos’ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim),” katanya.

Sementara itu bagi penyerang TFC, Abdul Malik Mat Ariff, mereka perlu memperbaiki kelemahan dan memberikan aksi lebih baik jika mahu mengekang skuad Harimau Selatan membawa pulang tiga mata.

“Kami akan berdepan pasukan juara bertahan, ia satu lagi ujian besar buat kami. Tapi saya percaya kami boleh bermain lebih baik berbanding sebelum ini. Apa yang penting kami perlu memanfaatkan setiap peluang yang dicipta,” katanya.

Malik meledak satu gol ketika seri dengan PKNS FC dan dia mengakui kehadirannya dalam pasukan lebih berkesan sebagai pemain gantian.

“Menentang PKNS, saya dimasukkan sebagai pemain gantian dan berjaya menjaringkan gol tapi menentang Pahang saya beraksi dalam kesebelasan utama tapi tak menjaringkan gol, saya rasa, saya bermain lebih baik sebagai pemain gentian,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Kredit foto: Johor Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN