Nafuzi Zain jelas merasa bangga dengan aksi anak buahnya apabila mempamerkan prestasi yang sangat cemerlang sewaktu Terengganu menentang Johor Darul Takzim meski pun tewas dengan keputusan 1-2 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Menurut Nafuzi, beliau nyata berbangga dengan persembahan para pemainnya dan berjaya mengimbangi corak permainan lawan dengan baik berbanding aksi hambar yang dipamerkan sewaktu mereka tewas ketika menentang PJ City.
Dalam perlawanan tersebut, Nafuzi terpaksa menerima hakikat kekalahan kedua mereka musim ini walaupun berjaya memberi tentangan yang baik serta corak permainan lebih positif ditampilkan.
31' & 33' GOL | Kpah Sherman menyamakan kedudukan buat Terengganu, namun Bergson mengembalikan kelebihan 1 gol JDT selang dua minit kemudian!@OfficialJohor 2-1 @FCTerengganu #LigaSuper2022 pic.twitter.com/116EglOxF4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 10, 2022
Walaupun jelas merasa sedikit sedih dengan keputusan tersebut, Nafuzi tetap menzahirkan rasa bangga kepada para pemainnya yang disifatkan memberi komitmen penuh sepanjang 90 minit aksi serta mengikuy segala yang direncanakan.
“JDT bukan menang dengan mudah pada perlawanan itu, sebaliknya kami mampu beri tekanan dan mereka tampak panik untuk mengemudi benteng pertahanan dan hanya nasib tidak menyebelahi kami apabila gagal melakar kemenangan atau keputusan seri.
“Di awal permainan, pemain saya tertekan dan menyebabkan mereka melakukan kesilapan sehingga memudahkan JDT menjaringkan dua gol walaupun kami berjaya mengikat keputusan 1-1 tapi mereka pantas menghasilkan gol kedua.
“Kami mampu mencipta beberapa peluang berbahaya dan mengundang cemas gawang JDT terutama bola rembatan deras Kpah Sherman pada lima minit sebelum tamat babak pertama tapi terkena palang gol dan situasi itu agak menjejaskan semangat pemain,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, Nafuzi juga mengakui ada perubahan taktikal yang direncanakan beliau bagi menghadapi JDT pada perlawanan semalam.
🏴🏳️KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN🏴🏳️
FT [ @OfficialJohor 2-1 @FCTerengganu ]
⚽️⚽️Bergson
⚽️Kpah Sherman#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/FIHEdIDPR5— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 10, 2022
Perubahan yang dibuat pengendali muda meningkat naik ini adalah dari segi pemain apabila Nafuzi Zain menggunakan khidmat Petrus Shitembi di bahagian tengah berbanding penyerang, Tchetche Kipre untuk menguatkan posisi tengah setelah menyedari lawan sangat berpengaruh di situ.
Selain itu, Nafuzi juga tidak menolak bagi mengakui para pemainnya tidak berada dalam momentum yang terbaik setakat ini disebabkan masih baru selesai menjalani kuarantin selepas ada para pemain Terengganu disahkan positif Covid-19.
“Penundaan dua perlawanan itu beri kesan terhadap konsentrasi pemain tapi pada aksi menentang JDT pemain mula beri impak positif dalam permainan dan ia beri kelegaan kepada saya tatkala pemain mula tunjuk momentum permainan sebenar,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!