‘JDT Buat Kami Menderita Pada Awal Babak, Dan Agak Bernasib Baik’

Selangor tewas 2-1 di tangan JDT dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia 2019.

Kapten pasukan Selangr, Taylor Reagan menganggap JDT membuatkan mereka sukar bernafas pada awal perlawanan. Ini kerana JDT bergerak pantas dan berterusan menyerang mereka.

Aksi dominan JDT membuatkan mereka mendapat gol awal. Selangor kemudian memberikan respon positif.

Reagan menganggap Larkin sebagai sebuah tempat yang sangat sukar untuk dikunjungi kerana rekod JDT di stadium tersebut.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Reagan berkata: “Ianya sangat sukar. Pada separuh masa pertama, dalam 20 minit pertama, kita tidak mendapat bola. Mereka [JDT] membunuh kita [pada fasa 20 minit pertama itu].”

“Seterusnya, mereka menjaringkan gol. Dan kemudian, atas sebab itulah, secara tiba-tiba kita mendapat keyakinan, dan kita tidak takut untuk beraksi.”

“Ini [Stadium Larkin] merupakan tempat yang sukar untuk anda kunjungi.”

Walaubagaimanapun, Taylor Reagan menganggap JDT agak bernasib baik pada akhir babak.

Pada minit ke-70, Selangor mendapat 2 peluang keemasan menerusi rembatan Ifedayo yang terkena tiang. Khyril Muhymeen yang datang menyambar bola itu, juga menyaksikan percubaan beliau terkena tiang.

“Pada akhir babak, mereka agak bernasib baik. Ifedayo melakukan satu percubaan terkena tiang dan kemudian Khairil [Muhymeen] datang dengan pantas, tindakan susulan beliau pun terkena tiang.”

“Jika itu masuk, sudah pastinya kami boleh membawa pulang 2 gol tempat lawan ke Shah Alam.”

JDT akan berkunjung ke Shah Alam pada 26 Oktober ini. Adakah Selangor akan mampu untuk mengatasi defisit daripada perlawanan pertama? Seperti mana mereka lakukan ke atas Perak sebelum ini?

Perlawanan di antara JDT dan Selangor masih sangat terbuka dengan kejayaan Selangor membawa 1 jaringan dari tempat lawan, dan JDT pula membawa bekalan tipis.

Segalanya akan ditentukan kira-kira seminggu dari sekarang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN