Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti diketahui ramai sentiasa membawa suatu kelainan yang tidak pernah disangka-sangka untuk memberi gambaran mereka sentiasa berada di hadapan berbanding kelab lain.
Musim ini, JDT sekali lagi mengesahkan kejuaraan Liga Super mereka untuk mendominasi saingan tempatan sebanyak sembilan kali, dan ia merupakan suatu sejarah baharu yang pastinya sukar digugat.
JDT's record nine consecutive Malaysia Super League title celebrations on October 15 will also feature Johor's glorious SUKMA athletes in addition to JDT II, JDT Academy, JDT Ice Hockey Team, Johor Jewels (Netball), Johor Tigris (Sepak Takraw) & the state's Rugby players.
[1/5] pic.twitter.com/YuStmmqFLz
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 13, 2022
Bagi menghargai para penyokong mereka yang tidak putus-putus memberi sorakan semangat sepanjang musim, pasukan tersebut menjanjikan suatu kelainan untuk meraikannya.
Antara bakal diberikan pada malam sambutan tersebut yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada malam esok termasuk dengan persembahan daripada artis antarabangsa dari Amerika Syarikat, Jason Derulo.
Penyanyi tersebut yang terkenal dengan lagu “Want to Want Me” itu antara yang bakal menjadi tarikan pada malam kegemilangan tersebut buat para penyokong yang hadir bagi meraikannya.
International artist Jason Derulo to perform at 2022 JDT Title celebrations on October 15!#thePioneersJDT#theNINTH#TripleHattrick#WinnersCircle#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/3U9KiykI2J
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 13, 2022
Ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk kelab tersebut bekerjasama bersama artis-artis kenamaan apabila pada awal musim ini, pasukan itu pernah menjadikan penyanyi ‘rapper’ terkenal, Snoop Dogg untuk berkolaborasi menghasilkan lagu.
Selain meraikan para pemain JDT menjuarai Liga Super 2022, pasukan tersebut turut tidak lupa untuk menghargai atlet-atlet lain yang telah mengharumkan nama negeri itu pada tahun ini.
Mereka telah mengesahkannya di media sosial rasmi untuk turut menjemput atlet cemerlang SUKMA Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (Bola Jaring), Johor Tigris (Bola Takraw), serta pemain-pemain ragbi negeri.
Untuk rekod, Kontinjen SUKMA Johor 2022 telah memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa untuk muncul juara keseluruhan buat pertama kali dalam sejarah 36 tahun temasya itu bagi mengetepikan cabaran atlet-atlet negeri lain.
Juga pada tahun 2022, pasukan Hoki Ais JDT telah memenangi Weekend Warriors League, Johor Jewels membawa pulang Sooka Netball Super League, Johor Tigris pula menjuarai Piala Tun Ali manakala skuad ragbi memenangi empat kejohanan peringkat umur menurut media rasmi Johor Southern Tigers.
Selain menjuarai Liga Super, JDT II turut memenangi Liga Premier 2022, manakala Akademi JDT memenangi tujuh piala peringkat kebangsaan dan antarabangsa, termasuk Piala Presiden Bawah 21 tahun oleh JDT III.
A spectacular night for Champions awaits — 15 October 2022! 🎇#thePioneersJDT#theNINTH#TripleHattrick#WinnersCircle#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/nONGtojlyo
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 12, 2022
Secara keseluruhan, JDT telah memenangi 11 trofi pada 2022 dengan pasukan senior memenangi ketiga-tiga pertandingan yang ada setakat ini iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih.