Kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menjadi kelan yang paling bernilai di Asia Tenggara mengatasi pasukan-pasukan utama dari Thailand.
Juara Piala AFC 2015 itu kini menjadi antara 100 kelab paling bernilai di Asia secara amnya dan teratas di Asia Tenggara khasnya.
Menurut laman Transfermarkt, JDT menjadi salah satu daripada tiga kelab Asia Tenggara yang berjaya menduduki carta 100 kelab terbaik Asia.
Dua lagi kelab tersebut adalah Buriram United dan BG Pathum United yang berasal dari Thailand.
Nilai menghampiri 10 juta
Menurut statistik tersebut, JDT berjaya menduduki tangga ke-83 Asia dengan nilai anggaran menghampiri €10 juta.
JDT dinilaikan dengan jumlah sebanyak €8.83 juta atau RM40 juta.
Perkara ini dibantu dengan kenyataan JDT mempunyai himpunan pemain yang berprofil tinggi dalam skuad mereka seperti Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.
Secara purata, nilai bagi seseorang pemain JDT di pasaran pemain adalah €232 ribu yang bersamaan dengan RM1 juta.
Nilai skuad JDT ini melebihi sedikit dengan apa yang diperoleh Buriram yang menduduki tangga ke-87 Asia.
Buriram dinilaikan sebanyak €8.48 juta (RM38 juta). Namun begitu, nilai purata bagi seorang pemain mereka di pasaran pemain adalah lebih tinggi berbanding JDT.
Nilai pasaran bagi seorang pemain Buriram adalah sekitar €235 ribu iaitu menghampiri RM1.1 juta.
Bagi BG Pathum pula, nilai kelab tersebut dianggarkan dengan nilai sebanyak €7.73 juta iaitu bersamaan RM35 juta.
Menduduki tangga ke-100, BG Pathum mempunyai purata harga seorang pemain di jendela perpindahan sebanyak €180 ribu atau RM800 ribu.
Nilai yang diperoleh JDT ini menyaksikan betap berkualitinya skuad yang mereka ada sekali gus menjadikan Harimau Selatan pasukan terbaik di Asia Tenggara.
JDT benar-benar serius untuk membina skuad yang terbilang di Asia dan jika trend ini berterusan maka ianya akan dapat dilihat hasilnya pada beberapa tahun mendatang ini.