JDT Ambil Pendekatan Waspada Dengan Corak Permainan Penang

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menghadapi aksi terakhir mereka bagi saingan Liga Musim 2023 dengan lawan mereka seterusnya ialah Penang di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Terdahulu, skuad kendalian Esteban Solari dengan rasminya sudah pun bergelar juara bagi saingan tersebut dengan lebih awal dan sebaik sahaja aksi malam ini selesai, mereka akan merayakannya bersama para penyokong di stadium itu.

Musim ini menyaksikan JDT terus menjadi pasukan paling berjaya di Malaysia selepas kejayaan mereka untuk merangkul bersih semua kejuaraan domestik, selain tampil menyakinkan di pentas AFC Champions League (ACL).

Tampil dengan sedikit rombakan pada beberapa pemain, jelas skuad kendalian Solari sukar digugat dalam persaingan domestik, setelah mereka masih belum mencatat sebarang kekalahan musim ini.

Walaupun begitu, sudah tentu JDT tidak ingin momentum tersebut direncatkan oleh Penang pada aksi malam ini dengan percaturan taktikal sudah tentu sedang dibuat barisan kejurulatihan kelab tersebut.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro, Solari kini sedang mencorakkan taktikal lebih ampuh demi mendapatkan keputusan sempurna di halaman sendiri.

Walaupun memiliki peluang cerah untuk meraih kemenangan tersebut, Solari dengan rendah diri tetap menghormati kekuatan semasa pasukan lawan dan dijangka bakal menurunkan kesebelasan terbaik untuk berdepan cabaran Penang.

“Sudah tentu ia perlawanan penting dan tidak akan melepaskan peluang memastikan kemenangan pada aksi terakhir liga musim ini tapi kami tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya mengambil pendekatan berwaspada dengan corak permainan Penang.

“Cuma kami tidak dapat menurunkan Shane (Lowry) dan Corbin (Ong) kerana tidak mahu mengambil risiko memandangkan mereka masih belum pulih sepenuhnya akibat cedera dan terbaru Oscar (Arribas) turut mengalami nasib sama.

“Kami tidak boleh memandang remeh Penang FC selepas mereka bangkit mengikat Terengganu FC 1-1, baru-baru ini dan ini menunjukkan barisan pemain pasukan itu berkualiti dan memilik semangat juang yang tinggi,” katanya menerusi Harian Metro.

Segar dengan kemenangan besar 4-1 baru-baru ini ketika menentang BG Pathum, dijangka Solari bakal menyenaraikan barisan serangan terbaik mereka untuk mengatasi benteng kebal Penang.

Pada masa sama, beliau juga belum memutuskan lagi kesebelasan utama bakal dibawa turun untuk aksi ini dan bakal ditentukan sebelum perlawanan berlangsung.

“Hong Wan akan kembali memperkuatkan barisan tengah selepas tidak beraksi menentang BG Pathum akibat di gantung satu perlawanan dan dia bakal digandingkan bersama Afiq (Fazail) selain Heberty (Fernandes) atau Juan (Muniz) memperkuatkan posisi itu,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN