JDT Alukan Samba Di Larkin, Umum Ketibaan Mauricio Dos Santos Nascimento

Juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain import baharu mereka sebentar tadi, Mauricio Dos Santos Nascimento.

Pengumuman tersebut dilakukan melalui rangkaian media sosial mereka sebentar tadi.

Mauricio Dos Santos Nascimento

Ketibaan Mauricio di JDT bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Asian Champions League (ACL) pada musim hadapan dilihat sebagai pengganti kepada Marcos Antonio.

Pemain pertahanan tengah berketinggian 1.85m ini adalah produk akademi Palmeireas, dan pernah beraksi bersama-sama beberapa kelab bola sepak di Brazil dan juga Eropah.

Mempunyai susuk tubuh badan yang tegap, kekuatan fizikal adalah kelebihan utama pemain ini.

Juventus’ forward Alvaro Morata of Spain fights for the ball with Lazio’s Brazilian defender Mauricio Dos Santos Nascimento during the Italian Serie A football match Juventus vs Lazio at “Juventus Stadium” in Turin on April 18, 2015. AFP PHOTO / MARCO BERTORELLO (Photo credit should read MARCO BERTORELLO/AFP/Getty Images)
Pengalaman

Selain daripada pernah beraksi bersama Palmeiras sendiri, pemain ini turut pernah beraksi bersama kelab-kelab lain di Brazil termasuk Gremio sebelum menyertai Sporting CP di Portugal pada 2013.

Berjaya menarik perhatian Lazio setelah pada mulanya beraksi secara pinjaman di kelab Serie A itu dari Sporting CP, Lazio kemudiannya membawa Mauricio secara perpindahan tetap dengan nilai €2.6 juta ke kelab berpengkalan di Rom itu.

Sejak daripada itu Mauricio kemudiannya dipinjamkan ke beberapa kelab lain seperti Spartak Moscow di Rusia. Kelab terakhir beliau ialah Legia Warsaw di Poland. Beliau beraksi bersama kedua-dua kelab secara pinjaman dari Lazio, sebelum dilepaskan oleh kelab Itali itu pada Oktober lalu.

Saksikan rangkuman aksi pemain pertahanan tengah JDT ini ketika bersama kelab lama beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN