Jay Chou Kata Tiada Masalah Tunda, Pernah Berbincang Atau Tidak?

Hannah Yeoh Jay Chou Hamidin tiada masalah

Nampaknya, penyanyi terkenal Taiwan, Jay Chou akhirnya telah bersuara mengenai situasi konsert meganya di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di mana beliau tiada sebarang masalah untuk menundanya sekali lagi.

Konsertnya dianggap oleh penyokong bola sepak Malaysia mengganggu saingan Piala AFF 2022 yang melibatkan Malaysia apabila pihak SNBJ dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa mengurangkan jumlah tiket yang dijual kepada hanya 59,000 keping tiket sahaja untuk perlawanan ini.

Dikatakan sebanyak 21,000 keping tiket telah dikorbankan agar ruang tempat duduk penyokong di belakang pentas konsert dikosongkan.

Memasuki fasa separuh akhir, kelibat dan kekuatan penuh penyokong amat ditagih oleh skuad kebangsaan bagi menggerunkan musuh bertandang.

Sebelum ini, selaku ‘suara’ kepada penyokong, Ultras Malaya telah tampil membidas pengurusan stadium disebabkannya. “Tak faham lagi ke, Tiada acara yang lebih penting dari Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil,” titip penyokong tegar Harimau Malaya itu di media sosial mereka semalam.

Malah, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang dikhabarkan turun padang untuk melihat situasi tersebut juga gagal membantu sepenuhnya.

Dua perkara ditekankannya iaitu tempahan untuk konsert tersebut telah dibuat sejak tahun 2019 dan tempoh masa yang lama diperlukan untuk proses pemasangan pentas konsert tersebut iaitu selama dua minggu.

Dalam pada itu, penyokong skuad negara dilihat mengambil kesempatan ‘menyerang’ media sosial penyanyi tersebut bagi melepaskan kemarahan.

Mereka juga dilihat menuntut penyanyi yang terkenal di Malaysia menerusi filem adaptasi dari manga Jepun, Initial D disekitar awal era 2000-an itu agar menangguhkan konsertnya di Bukit Jalil pada 15 Januari depan.

Semalam, Jay Chou menerusi Instagamnya telah membalas semula luahan rasa tidak puas hati para penyokong skuad negara di media sosialnya.

Ini menunjukkan isu tersebut telah sampai ke pengetahuannya dan beliau juga tumpang bersimpati dengan nasib yang dilalui para penyokong.

Kepada penyokong bola sepak Malaysia, saya tahu perlawanan tersebut penting bagi anda. Saya sanggup memberikan kerjasama termasuk untuk menangguhkan konsert tersebut. Namun, anda perlu bertanya kepada FAM atau pun penganjur sama ada ia boleh atau sempat untuk ditunda,” titipnya.

Saya tidak ada masalah. Saya sekadar mahu menghiburkan peminat saya [di Malaysia],” tambahnya lagi untuk menjawab kepada isu panas tersebut.

Jadi, adakah tiada mana-mana pihak sebelum ini memaklumkan kepada penganjur dan pihak Jay Chou sendiri mengenai isu yang makin panas ini?

Atau itu hanyalah sekadar untuk menyejukkan semula hati para penyokong yang tempohari telah bertubi-tubi ‘menyerang’ media sosial penyanyi itu?

Jika kita melihat semula kepada kenyataan Menteri, tempahan hanya dibuat FAM pada 18 Ogos yang lalu, sebelum pengundian peringkat kumpulan.

Pengundian Piala AFF kali ini telah dilangsungkan pada 30 Ogos. Format baharu hanya diumumkan sebulan sebelum proses undian berlangsung.

Itu mungkin perkara biasa kerana kita belum tahu bagaimana format untuk edisi kali ini – jika tempahan awal hendak dibuat oleh pihak FAM.

Pada edisi sebelum ini, ASEAN Football Federation (AFF) menggunakan Singapura sebagai gelanggang rasmi buat semua perlawanan, dari peringkat kumpulan sehingga ke pentas final disebabkan Covid-19.

Piala AFF Suzuki 2021 Sah Akan Diadakan Di Singapura

Jadi, SNBJ, penganjur dan FAM wajar duduk semeja pada ketika itu jika dirasakan Malaysia berpotensi melangkah lebih jauh pada kejohanan ini.

Ini kerana, difahamkan, penganjur telah membuat tempahan sejak 2019 dan ia tertangguh akibat Covid-19 yang mencengkam dunia pada saat itu.

Malah, Jay Chou juga dilihat seorang yang bertimbang rasa berdasarkan kenyataannya, yang beliau tiada masalah untuk konsertnya ditunda.

Nasi sudah menjadi bubur. Pentas sudah mula dipasang sejak sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura. Malah, ia semakin rancak sebaik sahaja perlawanan tersebut tamat. Tangguh lagi? Berbincang? Ia dilihat sudah terlewat daripada yang sepatutnya.

Dan FAM sendiri sudah memaklumkan, “Tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.

Dan seperti yang dijelaskan oleh Semuanya BOLA dalam artikel malam tadi, 59,000 penyokong pun sudah memadai jika dilihat kepada semua stadium yang digunakan di pentas Piala AFF kali ini. SNBJ antara yang menawarkan jumlah tiket tertinggi selain Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN