Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Michael D’Hooghe dalam temubualnya bersama Sky Sports berkata, sukan bola sepak tidak sepatutnya dimainkan sehingga sekurang-kurangnya pada awal September untuk membendung kes baharu COVID-19.
Ketika beberapa liga utama Eropah seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Bundestliga dan Serie sedang berkira-kira untuk menyambung semula pertandingan pada bulan Jun, D’Hooge berkata ianya terlalu awal kerana pemain bola sepak akan bersentuhan antara satu sama lain di atas padang.
Ia menjadikan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penjarakan sosial diketepikan begitu kerana sukan bola sepak melibatkan perkumpulan yang yang ramai seperti pemain, jurulatih, pengadil, pegawai, kakitangan, penyiar dan sebagainya.
Football: Matches should not be played until September, says FIFA medical chief https://t.co/ui475pAFBn pic.twitter.com/pmNFqaAF49
— CNA (@ChannelNewsAsia) April 29, 2020
“Dunia masih belum bersedia untuk perlawanan bola sepak kompetitif, saya juga berharap krisis ini akan segera berakhir. Tetapi hari ini kamu semua perlu lebih banyak bersabar.
“Ini adalah situasi paling dramatik yang pernah kita hadapi sejak Perang Dunia Ke-2. Kita tidak patut memandang rendah kepada ancaman wabak ini, jadi kita perlu lebih realistik.
“Ini adalah tentang penjarakan sosial. Membuat ujian saringan memang penting, tetapi kami perlu membuatnya berulang kali. Sekiranya ada seorang pemain didapati positif, kamu perlu kuarantin semua orang yang terlibat. Adakah itu boleh menyelesaikan masalah?
“Sekiranya ada perkara penting yang menjadi keutamaan pada waktu ini, ianya adalah isu kesihatan. Ini bukan soal wang, tetapi mengenai hidup dan mati.
Matches should not be played until September says FIFA medical chief https://t.co/99PSnjJL3s #rtmsportsnews #fifa #football #covid19 pic.twitter.com/UkOjEdIj8b
— RTM Sports News (@111_rtmsports) April 29, 2020
“Macam mana kamu nak bermain bola dengan memastikan jarak dua meter di antara satu pemain dengan yang lain? Nak main pakai topeng? Itu bukan penjarakan sosial!”
Tambah D’Hooge lagi, beliau turut mencadangkan beberapa peraturan baharu di atas padang seperti layangan kad kuning kepada pemain yang meludah ketika perlawanan sedang berlangsung.
Presiden FIFA, Gianni Infantino sebelum ini juga telah memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyambung semula perlawanan bola sepak terlalu awal memandangkan pandemik coronavirus (Covid-19) masih dalam keadaan serius.