Kim Pan-gon telah ditanya tentang mutu pengadilan pengadil perlawanan yang mengadili aksi Malaysia bertemu Thailand malam semalam, dan jawapan yang diberi oleh pengurus Harimau Malaya itu sepertinya sangat mencuit hati para peminat.
Malaysia berjaya menewaskan Thailand 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama saingan AFF Mitsubishi Elektrik 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.
Faisal Abdul Halim muncul wira Harimau Malaya selepas kejayaan beliau meledak gol kemenangan untuk skuad Malaysia tewaskan Thailand dalam perlawanan tersebut.
Alamak cute je bila coach Kim Pan Gon tersasul cakap Korea.
.
Video: Aqira Azemi
.#malaysiagazette#mgnews#harimaumalaya#pialaAFF pic.twitter.com/abWy2TRES8— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 7, 2023
Telah berlaku satu kontroversi panas dalam perlawanan tersebut, yang mana pengadil perlawanan, Kim Yong-dae menafikan gol kedua Malaysia yang dijaringkan oleh Dominic Tan.
Pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana mendakwa ada pemain Malaysia yang telah menyiku muka pemain pertahanan Thailand.
Walau bagaimanapun, ketika melihat kepada rakaman ulang, jelas sekali tiada mana-mana pemain Malaysia yang mengasari pemain tersebut, sebaliknya rakan sepasukannya sendirilah yang telah menyiku beliau.
Jelas sekali para peminat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan itu, dan rata-rata pakar bola sepak juga turut bersetuju yang gol tersebut sepatutnya disahkan.
Kelakar juga Coach Kim ni 🤭 Kim Pan Gon tenang je, nak fokus untuk perlawanan seterusnya pula.
Netizen yang tak habis geram lagi tu 😆#AFFMitsubishiElectricCup2022 #BolaSepak #FootballTogether #RTMKlik pic.twitter.com/9DqX3OfGAZ— RTM Malaysia (@RTM_Malaysia) January 8, 2023
Walau sudah merujuk kepada pembantu pengadil dan pengadil keempat perlawanan, Kim Yong-dae sepertinya masih gagal untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Sepertinya bukan hanya beliau seorang sahaja yang dungu, sebaliknya semua pengadil bertugas sama-sama dungu kerana gagal memberikan keputusan yang tepat untuk situasi tersebut.
Kim Pan-gon sendiri turut ditanya tentang mutu pengadilan pengadil perlawanan tersebut, dengan beliau telah memberikan jawapan yang sangat menghiburkan peminat.
Para peminat bahkan agak terkejut mendengar komen itu kerana Pan Gon sebenarnya dikenali sebagai seorang yang tegas namun beliau boleh mengeluarkan jawapan yang lucu seperti itu.
📽 Dengarkan komen Kim Pan Gon pada sidang media selepas Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia menewaskan Thailand 1-0.
Video penuh di https://t.co/KWppzcVrki#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/p7I7wwUfFP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
“Saya tak ada duit, Jika saya beri komen tentang pengadil, saya perlu bayar.”
Jelas Pan Gon yang kemudiannya ketawa sendiri kerana terhibur dengan jawapannya itu.
Walau bagaimanapun, kedunguan pengadil perlawanan tidak merencatkan aksi Harimau Malaya dalam perlawanan ini, dengan mereka tetap berjaya mencatatkan kemenangan walau ia tak cukup selesa untuk di bawa ke tempat lawan.
"Saya bangga dengan pemain skuad Harimau Malaya yang kekal tenang dan terus berjuang bagi memastikan mereka tidak tersingkir dalam AFF 2020" – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon
📹 Youtube @FAM_Malaysia pic.twitter.com/lwyPT9jkk2
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) January 8, 2023
Malaysia hanya perlu mencatatkan keputusan seri sahaja di Thailand nanti, dalam usaha mereka untuk layak ke aksi perlawanan akhir.