Javier Zanetti: Lautaro Martinez Gembira Di Inter Milan

Javier Zanetti

Naib Presiden Inter Milan, Javier Zanetti menepis khabar angin yang mengatakan bahawa Lautaro Martinez berminat untuk berhijrah ke Barcelona.

Sejak kebelakangan ini, nama penyerang berusia 22 tahun yang telah menjaringkan 25 gol pada dua musim bersama Inter Milan itu seringkali dikaitkan dengan Barcelona yang dikatakan mahu mencari pengganti kepada Luis Suarez.

Hal ini kerana penyerang Uruguay itu dilaporkan mahu meninggalkan The Blaugrana untuk menyertau sebuah kelab gergasi di Amerika Selatan, seperti yang dilaporkan media barat.

Meskipun angin bertiup kencang berhubung spekulasi tersebut, Zanetti yang juga merupakan legenda I Nerzzurri bagaimanapun beranggapan Lautaro Martinez pada ketika ini amat gembira bersama Inter Milan.

COMO, ITALY – AUGUST 27: Vice President FC Internazionale Javier Zanetti and Lautaro Martínez of FC Internazionale chat during a FC Internazionale training session at Appiano Gentile on August 27, 2019 in Como, Italy. (Photo by Claudio Villa – Inter/FC Internazionale via Getty Images)

”Saya benar-benar ikhlas. Apabila kami membawanya [ke Inter Milan], kami tahu bahawa dia merupakan salah seorang bakat masa depan terbaik Argentina.”

”Bekerja di bawah kendalian [Antonio] Conte, pada usia 22 tahun, dia boleh memberikan begitu banyak sumbangan. Pada ketika ini, dengan segala yang telah berlaku, kami tidak berfikir tentang apa akan dia lakukan,” ujar Zanetti menurut laporan Goal.

”Kemudian kita akan lihat, tetapi saya melihat dia sangat gembira berada di Inter Milan pada ketika ini. Dan bersama Lukaku, dia amat hebat.”

Musim 2019/20 menyaksikan Lautaro Martinez telah menjaringkan 11 gol dalam saingan Serie A manakala lima gol lagi menjelma ketika kempen Eropah. Gandingannya bersama Romelu Lukaku boleh dikatakan antara duo berbahaya di pentas Eropah.

Duo tersebut telah menjaringkan 39 gol secara keseluruhan pada musim ini apabila Romelu Lukaku meledakkan 23 gol sebelum saingan bola sepak hampir di seluruh dunia terpaksa dihentikan susulan penularan wabak COVID-19.

Kredit foto: Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images

Baca artikel lain mengenai Javier Zanetti:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN