Javier Hernandez Lancar Kutipan Derma, Bantu Mangsa Gempa Bumi Mexico

Jika itu peribahasa Melayu, malang itu tidak berbau.

Kejadian gempa bumi yang melanda Mexico baru-baru ini nyata mengejutkan semua orang.

Ramai nyawa yang terkorban dan perkara itu telah membuatkan semua orang yang berkait rapat dengan Mexico berasa sedih mengenai itu.

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang Liga MX telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sementara perlawanan liga sebagai tanda berkabung ke atas peristiwa itu.

Kali ini, pemain kebangsaan Mexico iaitu Javier Hernandez telah melancarkan tabung kutipan untuk membantu mangsa gempa bumi itu.

Beliau melancarkan kutipan tabung atas talian menerusi Instagram milik beliau.

“Orang ramai dari seluruh dunia, saya ingin memohon bantuan anda untuk negara saya.”

“Kami amat memerlukan pertolongan dari anda semua. Anda boleh menderma dengan klik pada pautan di bio Instagram saya. Terima kasih semua!”

Selain Hernandez, pemain Mexico yang beraksi di Eropah juga turut membantu.

Miguel Layun serta Andres Guardado antara pemain yang turut memberikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di sana.

Usaha Hernandez ini turut disokong oleh kelabnya iaitu West Ham United.

Menurut West Ham United, setiap jersi yang dipakai oleh para pemain kelab tersebut ketika aksi perlawanan menentang Tottenham Hotspur minggu ini akan dilelong dan hasilnya lelongan itu akan disumbangkan kepada mangsa gempa bumi.

Semoga usaha murni ini, akan memberikan manfaat kepada semua mangsa yang terlibat.

Sumber:

  1. ESPN (2017): Javier ‘Chicharito’ Hernandez raising relief funds after Mexico earthquake; http://www.espn.co.uk/football/mexico/story/3209897/javier-chicharito-hernandez-raising-relief-funds-following-mexico-earthquake

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN