Dalam aksi Bundesliga diantara Bayer Leverkusen menentang Werder Bremen, seorang pertahanan Bremen telah melakukan satu tindakan yang cukup hebat!
Dalam situasi sepakan penjuru, Niklas Moisander telah ditugaskan untuk mengawal pergerakan Javier Hernandez.
Anda perlu ingat, apabila menjadi pertahanan tugas pertama anda adalah jangan biarkan pemain lawan terlepas dari kawalan anda.
Sebelum sepakan penjuru diambil, Bayer Leverkusen membuat pertukaran dengan memasukkan Stefan Keissling untuk menggantikan Hernandez.
Hernandez kemudiannya memilih untuk keluar dari kawasan padang dengan keluar melalui tepi gol pasukan Bremen untuk mempercepatkan proses pertukaran berlaku.
Namun begitu ketika hendak keluar dari padang, Moisander turut mengikut Hernandez ke mana saja beliau pergi sampai Hernandez menyuruh beliau pergi kerana beliau hendak keluar dari padang.
Tindakan itu menimbulkan suasana kelakar, namun kredit kepada Moisander kerana memastikan Hernandez benar-benar keluar dari padang.
Hal ini kerana, beliau berjaga-jaga agak tindakan Hernandez itu tidak mengelirukan pihak lawan.
Baca juga: Pijak Kaki Axel Witsel, Pemain Ini Didenda & Diturunkan Ke Skuad Simpanan Oleh Kelabnya