Jasper Cillessen: Barcelona Seharusnya Mendapatkan Dua Pemain Belanda Ini

Gergasi Sepanyol, Barcelona sekali lagi dilaporkan sedang berusaha untuk membawa masuk pemain muda Ajax Amsterdam, Frenkie De Jong pada jendela perpindahan Januari nanti.

Perancangan untuk mendatangkan De Jong ke Nou Camp disambut baik oleh penjaga gol simpanan pasukan, Jasper Cillessen.

Menurut laporan dari Goal, Cillessen berkata tindakan pihak pengurusan  sehingga kini tidak putus-putus berusaha untuk mendapatkan pemain muda kelahiran Belanda itu adalah satu tindakan yang wajar dan tepat memandangkan kelab itu amat memerlukan pemain muda yang berkualiti seperti De Jong untuk menjadi sandaran kepada pemain yang sedia ada.

Bagi Cillessen, De Jong dinilai antara prospek muda yang mampu mengubah dimensi kelab yang berpangkalan di Catalan itu.

Tidak hanya De Jong, Cillessen turut berharap Barcelona juga mengintai Matthijs de Ligt yang juga rakan sepasukan De Jong di Ajax.

Cillessen yakin dengan kemampuan yang dimiliki kedua-dua pemain ini.

“Semua pemain kebangsaan (Belanda) ingin bermain untuk Barcelona kerana ia adalah salah satu pasukan terbaik di dunia.” kata penjaga gol Barca kepada Sport.

“Saya tidak bermain dengan De Jong di Ajax, tetapi saya bermain dengan De Ligt selama beberapa minggu, kerana dia datang ke pasukan senior pada musim panas 2016.”

“Sebelum saya datang ke Barcelona, saya pernah bekerjasama dengannya.”

“Dia pemain yang mempunyai banyak kualiti dan dia berusia hanya 19 tahun.”

Cillessen berkongsi mengenai kelebihan yang dimiliki De Ligt, “Dia memiliki fizikal dan mental yang kuat, terutamanya jika anda menyaksikan permainan [Belanda] menentang Jerman.”

(L-R) Matthijs de Ligt of Holland, Mark Uth of Germany during the UEFA Nations League A group 1 qualifying match between The Netherlands and Germany at the Johan Cruijff Arena on October 13, 2018 in Amsterdam, The Netherlands(Photo by VI Images via Getty Images)

“Pada babak pertama dia tidak begitu baik, tetapi dia pulih pada babak kedua, dia sangat baik pada babak kedua.

“Tidak hanya itu, permainan dia juga sangat baik ketika menentang Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

Pengganti Sergio Busquets

Selain kehebatan De Ligt, Cellissen turut mengakui kehebatan dan kemampuan yang dimiliki De Jong dan beliau percaya pemain berusia 21 tahun tersebut adalah calon sesuai untuk menggantikan posisi pemain tengah mereka, Sergio Busquets.

“Dengan pasukan kebangsaan dia bermain lebih baik seperti Busquets, tetapi Busquets berada di tahap yang lain pada masa ini.” kata Cillessen

“Ini pilihan yang menarik, tetapi dia (De Jong) sama dengan De Ligt.”

“Segalanya akan ditentukan oleh Overmars.”

Ajax menolak tawaran Barcelona

Pengarah sukan Ajax Amstredam, Marc Overmars pernah tampil melaporkan kepada media bahawa mereka pernah menolak tawaran dari Barcelona sebanyak dua kali untuk mendapatkan De Jong.

Pada September lalu, Overmars menjelaskan bahawa harga bidaan yang dibuat Barca sepertinya tidak masuk akal.

Menurut Overmars, Barca telah menawarkan harga yang rendah sehingga membuatkan Ajax menggangap ianya tidak berbaloi.

“Barca tidak menghargai (De Jong), tawaran mereka tidak sesuai dengan kualiti Frenkie.” jelas Overmars menerusi ESPN.

“(Barca) boleh mencuba lagi untuk Frenkie pada Januari jika mereka mahu, tetapi kami tegaskan disini kami tidak akan menjual mana-mana pemain pertengahan musim ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN