Pemain tengah Felda United, Jasazrin Jamaluddin adalah di antara pemain berpengalaman yang dikekalkan oleh Felda United untuk membawa cabaran pasukan tersebut menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.
Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang ditemubual Berita Harian mengakui beliau dan rakan sepasukannya bakal berdepan dengan cabaran getir memandangkan pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk mempertaruhkan pemain-pemain muda di dalam skuad utama pasukan.
Dalam perkembangan terbaru, The Fighters telah mengumumkan sebahagian besar pemain yang akan bersama pasukan tersebut merupakan pemain yang diserap daripada akademi, Piala Belia dan Piala Presiden.
Separuh Skuad Felda United Musim Depan Bakal Dibarisi ‘Anak Felda’ – https://t.co/wtDfcjZAwj pic.twitter.com/kQhTUErE7y
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 16, 2019
“Sudah pasti kami bakal berdepan cabaran besar terutama di kalangan pemain muda yang akan bersaing dengan pemain yang jauh lebih berpengalaman terutama dalam saingan Liga Super.
“Namun, dengan bimbingan dan sokongan daripada pengurusan, tiada yang mustahil untuk memastikan The Fighters mencatat keputusan terbaik.
“Fokus utama ialah mempertingkatkan kualiti permainan dan bersedia menempuh perlawanan getir kerana jika dilihat kepada pasukan lain, mereka dibarisi pemain berkaliber dan lebih berpengalaman,” kata pemain kelahiran Johor itu lagi.
Penyerang Singapura, Khairul Amri Sah Kekal Bersama Felda United – https://t.co/5ynPCqrFvt pic.twitter.com/FK5RsHPCOf
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 9, 2019
Dalam senarai pemain yang sudah sah bersama pasukan, hanya beliau dan pemain import dari Singapura, Khairul Amri Kamal sahaja merupakan pemain senior pasukan yang kekal bersama Felda United untuk musim depan.
Pemain senior lain seperti kapten pasukan, Hadin Azman, Norazlan Razali, Christie Jayaseelan, S. Chanturu dan Arif Fadzillah Abu Bakar telah mengangkat kaki dan sebahagiannya telah mengikat kontrak bersama pasukan baharu.
Namun demikian, pemain berusia 33 tahun itu percaya barisan pemain muda yang dipilih mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Tambahnya lagi, dengan bantuan dan komitmen semua pemain termasuk pemain import, tidak mustahil skuad bimbingan Nidzam Jamil itu mampu mencatat keputusan yang jauh lebih baik berbanding apa yang dicapai pada musim ini.
Felda United Buru Pemain Sayap Import Ganti Hadin Azman – https://t.co/TBGrIO43nt pic.twitter.com/8XI31TWT96
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 13, 2019
“Misi peribadi saya adalah untuk memastikan FELDA United menduduki kelompok lima atau enam pasukan terbaik dalam Liga M musim 2020.
“Tapi, jika dapat memperbaiki tempat ke-10 yang diraih musim ini, ia adalah pencapaian membanggakan jika dilihat kepada barisan pemain,” katanya.