Jaringan separuh masa kedua oleh pemain gantian – Riyad Mahrez telah membantu Man. City naik ke puncak liga.
City meminta Liverpool – yang akan turun beraksi pada sebelah Isnin dalam aksi Merseyside Derby.
Namun begitu, Man. City terpaksa mengeluarkan Kevin De Bruyne dan John Stones akibat kecederaan. Pep Guardiola masih menunggu laporan akhir tentang kecederaan 2 pemain utama beliau itu.
Manchester City buntu sepanjang separuh masa pertama. Mereka kemudiannya mempercepatkan tempo permainan pada separuh masa kedua.
City hanya mencipta satu peluang keemasan pada separuh masa pertama – apabila David Silva mencipta peluang kepada De Bruyne.
Pada minit ke-55 barulah City mendapat gol yang mereka cari selepas beberapa kali menyerang kubu The Cherries.
Charlie Daniels gagal mengeluarkan dengan kemas bola Bernardo Silva – bola itu singgah di hadapan David Silva – yang terus menolak bola kepada Mahrez. Pemain kebangsaan Algeria itu memastikan bola itu menerjah gawang.
Tiada tambahan gol dilakukan oleh Man. City walaupun mereka berterusan mencipta peluang gol. Perlawanan berakhir dengan kemenangan City 1-0 di Stadium Vitality.
Bournemouth gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini.
I know @ManCity are brilliant, but absolutely staggering stats given Bournemouth are the 12th best team in the Premier League. #afcb #mcfc pic.twitter.com/QyubSH1eVG
— Jonathon Taylor (@JonathonTaylor1) March 2, 2019
Manchester City berjaya memberikan tekanan kepada Liverpool dalam persaingan kejuaraan EPL musim ini.
Selepas ini Man. City akan berhadapan dengan Watford, diikuti dengan perlawanan UCL menentang Schalke 04.
Sementara itu Bournemouth akan bertemu dengan Huddersfield dan Newcastle.