EPL: Jaringan Tunggal Foden Julang City Ke Puncak Liga, Spurs Gagal Jarakkan Jurang Mata

Manchester City kembali semula ke puncak liga selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Tottenham Hostpur di Etihad – selepas 3 hari disingkirkan pasukan tersebut dariapda UCL.

Phil Foden, pemain muda berusia 18 tahun tersenarai dalam kesebelasan utama buat kali kedua. Dan jaringan tunggal beliau sangat penting dalam usaha Man. City mahu mempertahankan kejuaraan liga.

Foden menerima hantaran menerusi Aguero dan beliau menanduk bola ke gawang Spurs. Aguero boleh dipuji kerana sumbangan yang tidak mementingkan diri sendiri daripada beliau.

Manchester City kelihatan agak rapuh di pertahanan namun aksi cemerlang Ederson menyelamatkan gawang City daripada dibolosi. Antaranya menyelamatkan percubaan Son Heung Min, Christian Eriksen an Lucas Moura.

Kyle Walker bernasib baik kerana kali ini tiada VAR. Ini kerana beliau tertampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti.

City terpaksa meratap kecederaan yang menimpa Kevin De Bruyne. Pemain perancang tengah tersebut terpaksa dikeluarkan.

Satu lagi kekalahan untuk Spurs. Jika sebelum ini mereka menjadi pesaing kejuaraan, kini mereka hanya 1 mata dibezakan dengan Arsenal dan Chelsea – di tangga ke-4 dan ke-5 – serta hanya 3 mata daripada Man. United yang berada di tangga ke-6.

Spurs berpotensi kehilangan slot 4 teratas jika tidak memperbaiki prestasi mereka dalam saingan liga.

Sementara itu Manchester City kini berada dalam kedudukan terbaik untuk mengawal ‘nasib’ kejuaraan di tangan mereka. Liverpool akan turun esok menentang pasukan yang berusaha untuk mengelakkan penyingkiran – Cardiff City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN