Liga Europa 2017/18: Jaringan Tunggal Diego Costa Bawa Atletico Madrid Ke Pentas Akhir

Atletico Madrid

Jaringan tunggal daripada penyerang antarabangsa Sepanyol, Diego Costa pada penghujung babak pertama berjaya membawa Atletico Madrid ke pentas akhir Liga Europa 2017/18 setelah menundukkan Arsenal 1-0 di Wonda Metropolitano awal pagi tadi.

Atletico Madrid layak dengan agregit 2-1 apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Emirates tempohari.

Walaupun pengendali tuan rumah, Diego Simeone tidak dapat bersama-sama anak buahnya di tepi padang, ia langsung tidak menghalang impian anak buahnya untuk memberikan aksi terbaik dalam merintis laluan ke Lyon pada 16 Mei nanti.

Nasib malang menimpa Arsenal selepas ketua pasukan, Laurent Koscielny selepas mengalami kecederaan yang memaksa pemain pertahanan itu dikeluarkan seawal minit ke-12.

Keadaan yang mungkin menyebabkan pemain berusia 32 tahun itu akan terlepas aksi di Piala Dunia pada Jun ini.

Atletico Madrid lebih mengasak ke kubu Arsenal pada babak pertama namun usaha yang dilancarkan masih gagal untuk menembusi gawang Arsenal yang dikawal David Ospina.

Arsenal yang sesekali cuba mengkucar-kacirkan pertahanan Atletico Madrid juga buntu untuk memburu jaringan.

Ketika perlawanan babak pertama hampir ditamatkan, Diego Costa muncul untuk menggamatkan puluhan ribu penyokong yang hadir dengan ledakan jaringan pada masa kecederaan.

Costa yang menerima lorongan cantik dari Antoine Griezmann tidak mensia-siakan peluang terhidang bagi menyempurnakan peluang sekaligus menamatkan aksi separuh masa pertama dengan keputusan 1-0 buat Atletico Madrid.

Aksi di babak kedua memperlihatkan kedua-dua pasukan gigih untuk memburu jaringan.

Bagaimanapun usaha yang dilakukan menemui jalan buntu sekaligus mengesahkan skuad bimbingan Diego Simeone itu menempah slot ke perlawanan akhir bagi bertemu Marseille nanti.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN