Saingan musim baharu Ligue 1 yang sudah memasuki perlawanan ketiga nyata mencuri tumpuan peminat bola sepak dengan beberapa perkara menarik untuk diperkatakan.
Antara yang menarik perhatian sudah pastinya kekalahan kedua berturut-turut skuad gergasi Perancis, Paris Saint-Germain serta insiden panas di antara pemain kelab tersebut dengan para pemain musuh tradisi mereka, Marseille.
Bagaimanapun, selain daripada insiden memalukan itu masih terdapat perkara positif dan mengagumkan yang berlaku pada kempen Ligue 1 apabila penyerang pasukan Brest, Irvin Dardona berjaya meledakkan jaringan menarik ketika membantu pasukannya menewaskan Dijon FCO, semalam.
Jaringan pada minit ke-95 itu jelas memukau apabila Cardona melakukan lompatan yang kemudiannya meledakkan jaringan di udara mirip filem ‘Shaolin Soccer’ setelah beliau menerima hantaran lintang daripada Romain Perraud.
This is the goal that defies physics. Irvin Cardona for Brest pic.twitter.com/sNpDRRSDk9
— Nooruddean (@BeardedGenius) September 13, 2020
Dengan hantaran daripada rakan sepasukan yang cukup baik, ketenangan dan kualiti ledakan dijelmakan oleh Cardona juga benar-benar amat berkualiti.
Sehubungan dengan itu, tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa jaringan yang dihasilkan oleh pemain berusia 23 tahun itu mampu untuk tersenarai bagi merebut Anugerah Puskas.
If the Puskas Award is cancelled as well, can we at least give Brest’s Irvin Cardona a lifetime achievement award next year for scoring the first ever goal on the moon? pic.twitter.com/xLiQ3d33J8
— Gavan Casey (@GavanCasey) September 13, 2020
Lebih manis buat Brest, perlawanan di gelanggang lawan tersebut juga merupakan kemenangan [2-0] pertama skuad bimbingan Olivier Dall’Oglio selepas mereka tewas pada dua perlawanan awal bertemu Nimes dan Marseille.
Satu lagi jaringan Brest dihasilkan oleh Perraud pada penghujung separuh masa pertama.
Kredit featured image: World Sports
Baca artikel lain dari kami mengenai bola sepak dunia: