Bintang muda bola sepak Indonesia, Elkan Baggott gagal untuk bermula dengan baik pada perlawanan pertama beliau sewaktu beraksi bersama kelab terbaharunya iaitu Gillingham FC apabila pasukan tersebut tewas 0-2 di tangan Dover Athletic semalam.
🗒️ 𝗥𝗲𝗽𝗼𝗿𝘁 | #Gills beaten by Dover in pre-season friendly at Crabble.https://t.co/mS6Cg1baBM
— Gillingham FC (@TheGillsFC) July 9, 2022
Pada aksi persahabatan tersebut, Baggott telah diturunkan buat pertama kali selaku pemain dalam senarai kesebelasan utama dan hanya beraksi selama 45 minit sahaja sepanjang perlawanan.
Walaupun tampil beraksi dengan agak bagus, pemain tersebut nyata tidak dapat beraksi dengan lebih lama apabila dikeluarkan oleh pengendali, Neil Harris selepas tamat separuh masa pertama setelah gawang gol Gillingham bolos sebelum itu.
Menurut Bola.com, pertukaran yang dibuat oleh pengendali tersebut nyata lebih memberi masalah buat Gillingham FC apabila gawang gol mereka terus dibocori menerusi jaringan Arjanit Krasniqi pada minit ke-51.
Keputusan penuh menyaksikan siri perlawanan persahabatan tersebut memihak kepada Dover Athletic setelah menewaskan Gillingham FC di Stadium Crabble Athletic Ground.
Signed on Friday night. ✍️
Plays on Saturday. ⚽️@BaggottElkan 👌 pic.twitter.com/G3GUdFUnvn
— Gillingham FC (@TheGillsFC) July 9, 2022
Baggott yang menjadi pemain baharu buat Gillingham FC telah dipinjamkan sebelum itu oleh Ipswich Town dan perpindahan tersebut nyata memberi ruang buat pertahanan masa depan Indonesia ini lebih menyinar menerusi minit permainan yang mencukupi.
Sebelum itu, Baggott dilihat sukar untuk menembusi kesebelasan utama bersama Ipswich Town apabila terpaksa bersaing dengan sengit bersama barisan pemain lain yang dilihat lebih berpotensi.
Sepanjang bersama Ipswich Town, Baggott nyata hanya mendapat peluang sebanyak tiga kali sahaja untuk beraksi bersama kelab tersebut.
“Baggott bakal mewakili Gillingham FC dengan tujuan untuk mendapat lebih banyak minit permainan selaku pemain utama di sana,” jelas kenyataan rasmi Ipswich Town.
Baggott juga melihat perpindahan tersebut dengan positif apabila beliau juga berharap dapat memberi persembahan lebih berkualiti selepas ini dan mendapat lebih banyak minit permainan.
A total of six trialists in today's squad, four of them start.
New signing, Elkan Baggott, is in the XI.
Kick-Off set for 1pm. #Gills pic.twitter.com/NRuXcuCsga
— Gillingham FC (@TheGillsFC) July 9, 2022
“Saya jelas selesa di sini dan bakal menggunakan segala peluang untuk meningkatkan kualiti dalam permainana selepas ini.
“Kami juga bakal berusaha lebih baik untuk memperbaiki kedudukan pasukan dalam saingan League Two ini dengan setinggi yang boleh,” jelas Baggott.
Untuk rekod, Baggott bukan kali pertama dipinjamkan oleh Ipswich Town apabila pemain tersebut sebelum itu juga pernah beraksi bersama King’s Lynn Town walaupun baru menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan asalnya.