Jaringan Fred Bantu Shakhtar Donetsk Bangkit Dari Ketinggalan Untuk Tewaskan AS Roma

Shakhtar Donetsk

Satu lagi aksi dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, wakil dari Ukraine, Shakhtar Donetsk berjaya bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan AS Roma 2-1 pada perlawanan di Stadion Metalist.

Penjaga gol Shakhtar, Andriy Pyatov berjaya menafikan percubaan yang dilakukan Edin Dzeko pada minit ke-6 berpunca dari sepakan sudut yang dilakukan Aleksandar Kolarov.

Pyatov sekali lagi menggagalkan usaha yang dijelmakan Roma apabila mudah menangkap kemas percubaan leret yang sedikit lemah dilakukan Dzeko pada minit ke-21.

AS Roma akhirnya berjaya juga merobek gawang yang dikemudi Pyatov itu setelah Cengiz Under yang menerima umpanan cantik dari Dzeko membuka tirai jaringan.

Percubaan yang dilakukan pemain berusia 20 tahun dari Turki ini terkena Pyatov namun bola masih menerjah gawang Shakhtar empat minit sebelum perlawanan babak pertama tamat.

Jaringan tersebut merupakan yang sulung buat Cengiz Under dalam saingan Eropah.

Memasuki babak kedua, Shakhtar Donetsk memperkemaskan aksi bagi mendapatkan jaringan penyamaan.

Usaha mereka berhasil pada minit ke-52 berpunca dari hantaran jauh yang dilakukan Yaroslav Rakitskiy berjaya disudahkan dengan gerakan solo dari Facundo Ferreyra bagi menceriakan penyokong tuan rumah.

Frederico Rodrigues atau lebih dikenali sebagai Fred muncul wira buat pendahulu Liga Perdana Ukraine itu setelah beliau berjaya meledakkan satu sepakan percuma cantik yang gagal dihalang penjaga gol Roma,Alisson Becker.

Jaringan cantik dari pemain kelahiran Brazil itu memisahkan kedua-dua pasukan hingga tamat perlawanan.

AS Roma akan melayani kunjungan Shakhtar Donetsk pada perlawanan kedua di Stadio Olimpico pada 14 Mac nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN