Manchester United ternyata diberikan tentangan sengit di Old Trafford oleh pendatang baru EPL, Brighton & Hovre Albion.
Skuad Jose Mourinho beberapa kali diserang oleh skuad kendalian Chris Hughton itu, namun malangnya pasukan pelawat agak tumpul di hadapan gol.
Ashley Young menjaringkan gol EPL pertama beliau selepas 18 bulan. Satu rembatan deras yang terbias di kaki Lewis Dunk.
El gol de Ashley Young. https://t.co/mX9WEU6xlx
— Man United Master (@ManUtdMaster) November 25, 2017
Boleh dikatakan pada separuh masa pertama Brighton adalah pasukan yang lebih baik dengan sikap positif mereka untuk menyerang. Brighton terlebih dahulu mengancam United dengan percubaan bahaya daripada Anthony Knockaert dan Pascal Gross.
United mendapat peluang terbaik menerusi tandukan Lukaku dari jarak dekat yang diselamatkan oleh Ryan, tindakan susulan Pogba juga dinafikan penjaga gol tersebut.
Zlatan Ibramhimovic masuk pada separuh masa kedua dan memberikan impak yang baik dalam perlawanan ini.
Kemenangan ini membolehkan United kini merapatkan sedikit jurang kepada 5 mata daripada pendahulu liga Manchester City yang akan beraksi hari ini.
Jose Mourinho memeluk Chris Hughton dengan wajah kelegaan kerana beliau tahu pasukan pelawat bermain sangat baik.
Kini United melebarkan rekod tanpa kalah dalam kejohanan domestik kepada 39 perlawanan. Kali terakhir mereka kalah adalah pada 10 September 2016 di tangan Manchester City.
Manchester City akan menjadi pelawat Old Trafford yang seterusnya. Mourinho pastinya memerlukan kemenangan dalam perlawanan tersebut untuk merapatkan jurang mata.