Jaringan Chanathip Songkrasin Hadiahkan Fabio Cannavaro Kekalahan Pertamanya Bersama China

Chanathip Songkrasin

Fabio Cannavaro merasai kekalahan pertamanya selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan China apabila mereka tewas mengejut 0-1 kepada Thailand dalam Piala China 2019.

Thailand melangkah ke final dalam kejohanan tahunan yang melibatkan 4 negara itu selepas pemain tengah, Chanathip Songkrasin meledak gol kemenangan buat mereka.

Chanathip telah menjaringkan gol pada minit ke-33 dan itu merupakan satu-satunya gol dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Guangxin, Nanning.

Ia merupakan 90 minit perlawanan yang penuh tekanan kerana Thailand sememangnya berhajat besar mahu menumbangkan Sang Naga di bumi lawan mereka itu.

Ini disebabkan pada Januari lalu, China menewaskan Gajah Perang 2-1 dalam kejohanan Piala Asia 2019 dan ia menjadi motivasi tambahan buat anak buah Sirisak Yodyardthai.

Thailand dilihat cukup agresif mengasak dan mencari gol sejak dari wisel permulaan sehingga adakalanya dilihat benteng China langsung tidak sempat berehat.

Dan akhirnya bermula daripada larian menarik Thitipan Puangchan bahagian di sayap kiri dan juga larian deras Chanathip telah berjaya memecah blok pertahanan China.

Dan ianya berjaya disudahkan dengan baik oleh Chanathip menerusi percubaan kaki kanannya untuk menewaskan penjaga gol China, Zheng Cheng.

FOTO: Getty Images

Cannavaro baharu sahaja dilantik selaku ketua jurulatih China pada 15 Mac yang lalu selepas Marcello Lippi melepaskan jawatannya dan ini merupakan tugasan pertamanya.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Cannavaro tidak menunjukkan sebarang kekecewaan dan menjelaskan yang kejohanan ini bukan penentu masa depannya.

“Tiada apa yang dapat saya pamerkan sekarang, kerana saya tidak dapat mengubah apa-apa selepas hanya bersama skuad ini 4 atau 5 hari lalu,” ujarnya ringkas.

“Sesetengah orang mengatakan saya terlalu muda dan tiada pengalaman. Tetapi saya ada 15 tahun pengalaman selaku pemain skuad kebangsaan Itali,” tambahnya lagi.

Piala China ataupun China Cup ini merupakan kejohanan tahunan anjuran Persatuan Bola Sepak China (CFA) yang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya.

Dan untuk rekod, China selaku penganjur dan tuan rumah belum pernah lagi melangkah ke pentas final kejohanan ini.

Sebelum ini Wales, Uruguay, Republik Czech, Chile, Iceland dan Croatia pernah menyertai kejohanan ini dan untuk edisi kali ini, ia disertai oleh Uruguay, Uzbekistan dan Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN