Leeds United kembali berada di persada EFL Championship buat seketika selepas berjaya menundukkan West Bromwich Albion (WBA) 4-0 di Elland Road.
Kemenangan besar itu juga diserikan lagi dengan jaringan pembukaan begitu pantas yang dihasilkan Pablo Hernandez pada saat ke-16 permainan.
https://www.youtube.com/watch?v=tDd5wexeC1Q
Berpunca daripada serangan balas pantas setelah Liam Cooper berjaya mematahkan hantaran jauh ketika sepak mula dilakukan WBA memberikan peluang buat pemain sayap Leeds United, Jack Harrison meluru pantas menuju ke kawasan penalti pasukan pelawat.
Harrison kemudiannya melorongkan bola buat Hernandez yang melepaskan rembatan dari luar kawasan penalti WBA sekaligus menewaskan penjaga gol, Sam Johnstone.
Patrick Bamford menambah dua jaringan buat Leeds United pada minit ke-28 dan 63.
Luka WBA yang kini menghuni tangga ke-4 liga semakin berdarah selepas Ezgjan Alioski menutup kemenangan bergaya anak buah Marcelo Bielsa itu dengan kemenangan 4-0.
Kedudukan Leeds United di tangga teratas EFL Championship akan kembali dirampas sekiranya Norwich City berjaya menumpaskan Millwall di The Den, jam 11.00 malam ini.
Perebutan dua slot automatik ke saingan Liga Perdana Inggeris 2019/20 ketika ini melibatkan empat pasukan tangga teratas iaitu Leeds United, Norwich City, Sheffield United dan WBA.
https://youtu.be/-IUSMqux13c?t=76