Janji Ditunaikan! Bibi Ramjani Pastikan KAFA Bayar Tunggakan Gaji Pemain

Bibi Ramjani Illias Khan komited untuk menunaikan janji beliau beberapa hari yang lepas. Beliau sebelum ini memberitahu Mstar Online akan membayar gaji pemain Kelantan pada Isnin (25/9/2017).

Dan seperti yang telah dijanjikan! Beliau sudah pun menunaikannya.

Bibi Ramjani tidak mahu mendedahkan angka kepada media kerana baginya yang penting semua tunggakan sudah dilangsaikan. Beliau cuma memberikan bayangan bahawa angka yang dibayar oleh KAFA sangat besar!

Beliau sendiri sebelum ini memberitahu yang beliau pecah tabung besar untuk membayar tunggakan gaji pemain yang kebanyakannya daripada bulan Julai.

Kredit Foto: Berita Harian

Bibi Ramjani juga mengenepikan dahulu spekulasi pertukaran nama TRW ketika diminta wartawan memberikan komen untuk isu tersebut.

Ianya selepas bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa membangkitkan isu tersebut di dalam facebook beliau. Bagi Bibi Ramjanji pula, penjenamaan itu bukan keutamaan buat masa ini.

Beliau lebih menumpukan aspek kebajikan dan juga misi pasukan Kelantan untk kekal dalam Liga Super. Kelantan perlu menang satu perlawanan untuk mengesahkan status mereka sebagai pasukan Liga Super.

Bibi Ramjani juga menyeru kesemua penyokong Kelantan untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan TRW, dalam perlawanan menentang PKNS Rabu ini.

Beliau juga berharap para pemain kembali fokus dan memberikan permainan yang terbaik di dalam padang selepas ini.

Dalam manifesto beliau sebelum ini, Bibi Ramjani menjadikan isu tunggakan gaji sebagai antara fokus utama beliau.

Kami di semuanyaBOLA gembira mendengar perkembangan ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN