Dua perkara yang gagal dilakukan oleh Indonesia dan Malaysia ketika berhadapan dengan Vietnam – menguasai perlawanan dan menjaringkan gol.
Dalam perlawanan saingan Kumpulan B, skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe dengan mudah ditewaskan Vietnam 3-0. Selain daripada membocori gawang Malaysia sebanyak tiga kali tanpa bolos, skuad Park Hang-seo turut mendominasi 53% dominasi bola, dengan 490 hantaran dilengkapkan sepanjang perlawanan.
Menentang Indonesia, Vietnam sekali lagi mengelak gawang mereka daripada dibocori. 667 hantaran dilengkapkan oleh skuad Naga Emas dan pasukan itu memiliki 70% penguasaan bola.
Turut menang 2-0 dalam perlawanan pembukaan, Vietnam setakat ini bukan sahaja telah mendominasi setiap lawan yang mereka hadapi. Selepas tiga perlawanan, Vietnam kekal sebagai satu-satunya pasukan yang masih tidak dibolosi sepanjang kejohanan.
Janji Kemboja
Walaupun menyedari Malaysia, Indonesia dan Laos gagal menjaringkan gol dan mendominasi penguasaan bola dalam perlawanan menentang Vietnam, Kemboja sebaliknya nekad dan berjanji akan berbuat demikian ketika berhadapan tersebut pada Ahad hadapan.
Walaupun sudah tersingkir daripada saingan untuk ke separuh akhir, kemenangan 3-0 ke atas Laos baru-baru ini telah berjaya membangkitkan semangat skuad Kemboja untuk beraksi sebaik mungkin pada penampilan terakhir Piala AFF edisi kali ini menentang Vietnam.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan perlawanan ini juga sekali lagi menjadi salah satu perlawanan di mana kami boleh beraksi dengan memiliki penguasaan bola. Kami juga mampu menjaringkan sejumlah gol dan mengelak gawang dari dibocori,” kata Ketua Jurulatih Ryu Hirose.
“Kami ingin terus bermain dengan mendominasi penguasaan bola berhadapan sesiapapun yang. Kami akan meneruskan corak permainan yang sama dalam perlawanan terakhir kami lawan Vietnam.”
Yakin dengan kemampuan
Sejak melantik Keitsuke Honda sebagai pengurus pasukan kebangsaan , bekas bintang Piala Dunia Jepun itu telah menerapkan falsafah bola sepak tersendiri dalam corak permainan bola sepak Kemboja.
“Saya ingin membantu pasukan kebangsaan Kemboja mencipta satu gaya permainan yang jelas dan mempromosikan Kemboja ke dunia luar,” kata Honda yang kini berusia 35 tahun.
Kehadiran Honda nyata telah berjaya menghadirkan impak positif ke dalam pasukan kebangsaan Kemboja.
Kemboja menghasilkan satu permainan yang dianggap berani dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 – walaupun tewas 1-0 kepada Bahrain – pada September 2019.
Menentang Malaysia dalam perlawanan pertama Piala AFF 2020, Kemboja menampilkan corak permainan yang kemas, selesa memegang bola dan mencatatkan statistik penguasaan bola yang lebih baik, iaitu 56.9% dan turut memiliki 10 sepakan penjuru (berbanding 5 Malaysia).
Walaupun tewas kepada Indosia selepas itu, Kemboja masih mampu menguasai 55% penguasaan bola dan memberikan tentangan sengit sehingga mampu membocori gawang skuad Garuda sebanyak dua kali walaupun akhirnya tewas 4-2.
Rumusan
Walaupun hadir ke kejohanan ini dengan status ‘underdog’ mereka tidak mempamerkan gaya permainan yang defensif atau sering kita sebutkan sebagai taktik ‘parkir bas’. Ini kerana mereka kekal utuh dengan idea dan falsafah bola sepak yang diterapkan oleh Honda sejak lima tahun kebelakangan ini.
Dengan apa yang ditampilkan oleh Kemboja setakat ini, tidak mustahil mereka akan menjadi salah satu pencabar buat pasukan-pasukan lain di rantau ini seperti mana revolusi luar biasa Vietnam yang dapat kita saksikan hasilnya pada hari ini.
Tetapi mendominasi perlawanan dan menjaringkan gol menentang Vietnam – ia adalah janji yang cukup berani dan amat luar biasa jika Kemboja mampu lakukan.