Penurunan prestasi daripada pemain pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah mengundang kecaman hebat daripada ramai penyokong kelab itu sendiri.
Prestasi Alexander-Arnold jelas sekali merudum dengan pemain itu tidak lagi memberikan bantuan gol seperti yang selalu beliau lakukan saban perlawanan.
Bagi bekas pemain Liverpool, Didi Hamann, adalah tidak wajar untuk kritikan yang melampau diberikan kepada Alexander-Arnold yang dilihat masih muda.
“Jika anda bermain setiap minggu atau setiap tiga hari, tahap piawai yang dicipta oleh pemain itu adalah cukup hebat.”
“Aksi Alexander-Arnold amatlah sempurna terutamanya pada dua tahun ini dan beliau sudah bermain melebihi 100 perlawanan adalah melampau,” kata Hamann menerusi Empire of the Kop.
Pada hemat Hamann, untuk memberikan kritikan pedas terhadap pemain muda yang melakukan persembahan di bawah prestasi dalam beberapa bulan adalah melebih-lebih.
Penurunan prestasi Alexander-Arnold dilihat ketara selepas pemain itu mengalami kecederaan serta dijangkiti dengan wabak Covid-19.
Dengan ketumpulan yang ada pada barisan serangan Liverpool ketika ini, ianya hanya menambah kepada kekusutan pasukan Liverpool kerana punca jaringan gol mereka terhasil turut mengalami masalah prestasi.
Liverpool bakal berhadapan Tottenham Hotspur pada aksi pagi Jumaat jam 4 pagi waktu Malaysia.
Baca juga artikel kami mengenai Trent Alexander-Arnold:
Trent Alexander-Arnold Jadi Pemain Terbaharu Sertai ‘Senarai Kecederaan’ Liverpool
Alexander-Arnold Mahu Liverpool Tamatkan Musim Dengan 104 Mata (semuanyabola.com)
Trent Alexander-Arnold Idam Jadi Kapten Liverpool (semuanyabola.com)