“Jangan Tuntut Dengan Kelantan FC” – KAFA Mengaku Berhutang Dengan 11 Bekas Pemain, Tapi Belum Mampu Bayar

husin deraman kafa

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan baki tunggakan gaji 11 orang bekas pemain Kelantan adalah di bawah tangungan pihaknya dan tiada kaitan dengan Kelantan FC yang sudah diswastakan.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman dalam kenyataannya kepada Arena Metro mengakui pihaknya kini masih menanggung hutang berjumlah RM187,778.92, namun pihaknya kini tidak berkemampuan untuk melunaskan tunggakan tersebut dalam masa terdekat.

Difahamkan kesemua 11 orang pemain berkenaan memahami perkara tersebut dan tidak sepatutnya timbul isu tuntutan yang dibuat kepada Kelantan FC.

“Tunggakan gaji 11 pemain yang tinggal itu memang di bawah KAFA dan kami yang kena jelaskan kerana mengikut perjanjian dengan Kelantan FC, tunggakan akan diuruskan pengurusan lama,” kata Hussin.

“Tak ada isu untuk pemain tuntut dengan Kelantan FC. Perkara ini sudah jelas, malah difahami bekas pemain berkenaan.

“Tapi kita tidak mempunyai duit buat masa ini dan kami sentiasa berusaha untuk cuba selesaikan segala hutang dan tunggakan itu kepada bekas pemain.”

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sebelum ini meluahkan rasa kesal dengan situasi yang sedang dihadapi beliau mengenai masih ada bekas pemain Kelantan yang mahu mereka melunaskan segala baki gaji terdahulu sewaktu pemilik kelab itu masih belum bersama pasukan.

“Selepas Selesai Hutang Lama, Muncul Macam-Macam Orang Tuntut Tunggakan”- Norizam Tukiman

Usahawan dan pakar pelaburan itu mengambil alih saham sepenuhnya dalam syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd pada tahun 2020 dan sudah pun melangsaikan segala hutang lama yang ditinggalkan mengikut pada perjanjian.

Jelas Norizam, perkara tersebut tidak termaktub dalam perjanjian sewaktu beliau mengambil alih kelab berkenaan sambil menjelaskan hutang tersebut adalah hutang warisan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan beliau tidak bertanggungjawab akan hal berkenaan.

Beliau turut menerangkan kepada umum mengenai segala kemelut hutang yang melanda kelab berkenaan sudah pun dilangsaikan dengan jumlah RM6.8 juta mengikut perjanjian pengambil alihan dan ini bermakna Norizam tidak akan bertanggungjawab lagi akan apa-apa tunggakan lama.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN