Walaupun bakal menentang pasukan dari Liga M3 iaitu PIB FC, nyata Melaka United tidak memandang rendah akan kemampuan lawan mereka untuk turun berentap malam ini di Stadium Hang Jebat pada pusingan pertama Piala FA 2022.
Risto Vidakovic selaku pengendali utama Melaka United menyifatkan setiap pasukan yang hadir daripada liga amatur itu mempamerkan motivasi yang tinggi untuk mencipta kejutan buat pasukan-pasukan besar di Liga Super atau Liga Premier.
Untuk itu, beliau berharap segala yang berlaku sebelum ini ketika pertemuan Sri Pahang dan Manjung City tidak akan menimpa pasukannya biarpun mereka mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti.
“Saya mengingatkan para pemain agar menghormati lawan sepertimana pasukan lain semasa di Liga Super dan berikan yang terbaik di atas padang.
“Jangan sama sekali memperendahkan kemampuan mereka kerana kebiasaannya, lawan dari liga lebih bawah ini akan ada satu perasaan motivasi yang luar biasa.
“Jadi, jika kita tidak berhati-hati, mereka boleh mengejutkan kami dan saya tidak mahu perkara itu terjadi kerana saya mahu membawa Melaka melangkah jauh di pertandingan Piala FA,” katanya menerusi laman web rasmi MFL.
Pada asalnya, pertemuan yang membabitkan Melaka United dan PIB ini dijangka berlangsung lebih awal pada 12 Mac lalu. Namun, disebabkan Covid-19 yang menyerang kem Melaka United ketika itu menyebabkan aksi tersebut terpaksa ditunda kepada hari ini.
Hari Perlawanan!!!
Melaka United FC bakal kembali memberikan cabaran di pentas Piala FA Malaysia malam ini selepas dua tahun kejohanan ini ditangguhkan.
Dapatkan tiket anda secara online di:
https://t.co/Jr7H9JsHln#Matchday#PialaFA2022#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/IzRv2hOhL6— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) March 31, 2022
Setakat ini, Melaka United masih belum mencapai jangkaan ramai peminat disebabkan dua aksi sebelum itu dalam saingan Liga Super skuad kendalian Risto hanya mengutip 1 mata sahaja selain tewas dalam aksi sulung menentang Petaling Jaya City.
Melaka United mengambil pendekatan baharu dengan menandatangani Vidakovic tahun ini bagi menggantikan khidmat Zainal Abidin Hassan yang sebelum ini mengendalikan pasukan pada musim lalu.
Jika dilihat mengenai persiapan pasukan, pengendali dari Serbia ini jelas bakal menurunkan kesebelasan terkuat mereka kerana mahu menguji tahap kecergasan semasa pasukan serta keserasian para pemain setelah tiga minggu berehat tanpa sebarang perlawanan kompetitif.
“Saya akan meletakkan kesebelasan terbaik yang dimiliki Melaka apabila berdepan PIB kerana mahu memberikan mereka minit permainan yang juga persediaan untuk hadapi Liga Super.
“Selepas pemain telah pulih dari COVID-19, saya harap mereka mampu peraga aksi yang diharapkan kerana pasukan ini masih dalam fasa membina persefahaman pemain.
“Kami bermula agak lewat dari segi persiapan dan harap perlawanan dengan PIB mampu menjadi pemangkin semangat buat kami dalam misi mencari kemenangan sulung,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!
Adakah Melaka United bakal mencatat kemenangan sulung musim ini setelah bermula dengan agak hambar pada dua perlawanan lalu?
Semuanya BOLA kini di TikTok. Ikuti kami di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!