Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan pasukan itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan pemain remaja, Bukayo Saka menandatangani kontrak baharu dan kekal di Emirates untuk jangka masa panjang.
Pemain remaha berusia 18 tahun itu menjadi watak penting di posisi pertahanan dan sayap kiri buat The Gunners dalam musim penuh pertamanya, namun kontraknya bersama pasukan tersebut hanya berbaki setahun sahaja lagi.
Dengan rundingan kontrak baharu masih berlarutan, beberapa kelab Eropah telah pun menunjukkan minat yang serius dengan Liverpool dilaporkan mendahului perlumbaan untuk mendapatkan Saka pada musim panas ini.
https://twitter.com/TheFirmBL/status/1274980895083151360?s=20
Arteta tentunya tidak mahu pasukan itu melepaskan pemain berbakat mereka kepada pasukan lain seperti mana yang berlaku kepada Serge Gnabry yang akhirnya menjadi pemain bintang di Bayern Munich.
“Saya masih positif dengan segala usaha untuk mengekalkan Saka dalam masa terdekat. Perbincangan antara kelab, ejen dan keluarga pemain sudah pun bermula sejak beberapa bulan lalu dan ianya berjalan lancar,” ujar Arteta kepada dalam satu temubual bersama Football London.
“Pemain tersebut dan keluarganya tahu betapa besar harapan dan kepercayaan saya kepadanya dan dia telah menunjukkan peningkatan setiap minggu dan tahap konsistensinya semakin baik dan baik.
Just received my February player of the month trophy 🏆 Better late than never 🤷🏿♂️😃 Thanks to all the fans who voted ❤️ pic.twitter.com/bEhfqpcTLW
— Bukayo Saka (@BukayoSaka87) June 24, 2020
“Saya sangat teruja dengan pemain-pemain muda yang kami miliki, mereka perlukan persekitaran yang betul dan baik di sekeliling mereka untuk terus menyerlahkan pontensi sebenar yang dimiliki.”
Kontrak baharu pemain berkenaan kini di fasa terakhir dengan beberapa perincian masih dalam perbincangan sebelum ia dapat dimuktamadkan yang membolehkan Saka menerima gaji yang jauh lebih baik berbanding sekadar £3,000 seminggu yang diterimanya ketika ini.
Bukan hanya Liverpool, pasukan lain seperti Manchester City, Chelsea dan Borussia Dortmund juga sedang cuba memikat Saka untuk meninggalkan Emirates dengan harga yang murah sekiranya rundingan kontrak baharunya gagal diselesaikan.
Only a few details need to be finalised before Bukayo Saka puts pen to paper on a new Arsenal contract [Mail] pic.twitter.com/WfaX7nrtba
— AFTV (@AFTVMedia) June 24, 2020
Sekalipun pada asalnya beliau adalah pemain sayap, Saka telah diubah ke pertahanan kiri oleh pengurus Interim, Freddie Ljungberg selepas Kieran Tierney dan Sead Kolasinac dilanda kecederaan. Tetapi ia tidak menghalangnya untuk menampilkan aksi cemerlang di posisi berkenaan.
Beliau terus menyinar walaupun Arsenal berdepan dengan kempen yang sangat mengecewakan pada musim ini dan apa yang menimbulkan kemarahan penyokong ketika ini adalah Arsenal memberikan kontrak baharu kepada David Luiz.