Jangan Pernah Ragu Dengan Kesetiaan Salah Terhadap Liverpool

Mohamed Salah Liverpool

Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah memulakan musim 2021/22 dengan penuh bergaya selepas menjaringkan satu gol dan menyumbang dua bantuan jaringan ketika meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Norwich City di Carrow Road.

Ia sekaligus menjadikan penyerang Mesir itu pemain pertama yang mencatat sejarah menjaringkan gol dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk lima musim berturut-turut.

Prestasi cemerlangnya itu sedikit sebanyak pastinya dapat menutup mulut pengkritik yang mempertikaikan komitmen Salah selepas Liverpool berdepan musim yang buruk pada musim lalu sama ada di peringkat domestik mahupun di kejohanan Eropah.

Begitu juga dengan hubungannya dengan rakan sepasukan terutamanya Sadio Mane yang sedikit tercalar pada musim lalu.

Keadaan itu menyebabkan timbul suara-suara yang mendesak agar Salah dijual selepas dianggap sudah tidak lagi mempunyai ‘jiwa’ untuk terus beraksi di Anfied.

Bagi sebuah kelab yang kaya dengan sejarah dan tradisi seperti Liverpool, tiada seorang pun pemain yang akan dianggap lebih besar daripada kelab.

Melalui satu laporan, penyerang berusia 29 tahun itu mendedahkan pihak pengurusan Liverpool masih belum memulakan rundingan kontrak baharu walaupun kontrak semasanya hanya berbaki kurang dua tahun.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1417580098618892296?s=20

Oleh itu timbullah ura-ura yang mengaitkannya dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid, Juventus dan Bayern Munich.

Namun aksi Salah pada awal pagi tadi seolah-olah menjawab segala persoalan dan ia adalah isyarat jelas oleh beliau untuk tidak sesekali mempersoalkan nilai kesetiaannya selepas segala kejayaan yang telah diraih bersama The Reds selama ini.

Rekod 126 gol dari 204 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Liverpool setakat ini merupakan satu statistik jelas bahawa beliau akan terus menjadi pemain paling penting untuk Liverpool.

Dengan kembalinya tonggak utama pertahanan seperti Virgil van Dijk dan Joe Gomez, skuad kendalian Jurgen Klopp itu sudah boleh fokus untuk sekali lagi mendominasi pentas bola sepak Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN