Selepas Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengeluarkan kenyataan bahawa Lim Teong Kim meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan, empunya diri tidak menunggu lama untuk menjawab dakwaan tersebut.
Respon bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu dibuat menerusi satu komen di Instagram @pemainke12_my
“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar,” ujar Teong Kim ringkas tanpa perincian lebih lanjut.
Namun ianya dibalas terus oleh TMJ di dalam ruangan yang sama yang sama.
“Teong Kim, I don’t do b*******. Jadi jangan nak temberang. Pihak kewangan kami tahu berapa banyak yang kami minta,” jawab TMJ.
“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak putar.”
Walaupun belum berkelayakan untuk mengemudi pasukan negara, TMJ berpendapat Lim Teong Kim masih boleh membantu bola sepak negara dari segi pembangunan tetapi dengan syarat harus merendahkan permintaan gaji.