Jangan Mimpi Tottenham Akan Lepaskan Harry Kane Dengan Mudah

Harry Kane

Pihak atasan Tottenham Hotspur dijangka akan memberikan jalan yang sukar buat Harry Kane untuk berpindah.

Hal ini kerana, pengerusi kelab iaitu Daniel Levy kini bersedia untuk menutup segala ruang bagi kapten England itu daripada berpindah keluar dari kelab itu.

Jika Kane tinggalkan mereka, maka hilanglah taring serangan pasukan Tottenham dan pasukan dijangka akan terus malap dalam usaha untuk mencabar kejuaraan.

Walaupun berusaha untuk tidak menjual Kane kepada mana-mana pasukan terutamanya musuh kompetitif di Premier League, Levy tetap menimbangkan potensi untuk melepaskan pemain itu.

Menurut laporan Manchester Evening News, Levy dijangka akan sekali lagi menonjolkan reputasinya sebagai seseorang yang sukar untuk diajak berbincang apabila mahu memastikan pembeli Kane membayar harga yang dimahukannya.

“Di luar sana ada pasaran [pemain]. Apa yang kita mahu, dan apa yang kelab lain mahu tak selalunya berjaya untuk kita capai.”

“Kami akan lakukan apa saja yang terbaik untuk kelab.”

Levy dan Tottenham dijangka hanya akan menerima bidaan sebanyak £120 juta daripada mana-mana kelab yang berminat.

Hingga kini, hanya dua kelab sahaja yang dilihat begitu serius untuk mendapatkan Kane iaitu Manchester City dan Manchester United.

Dalam masa yang sama, Levy akan menentukan masa depan para pemain di kelabnya menerusi pengarah urusan baharu kelab iaitu Fabio Paratici.

“Salah satu tugas yang Fabio Paratici perlu uruskan apabila menyertai kelab ini adalah menentukan pemain mana yang perlu dikekalkan serta pemain mana yang perlu diminta untuk mencari kelab baharu.”

Baca juga artikel terkini kami:

Ancelotti Mahu Kumpul Anak-Anak Emas Everton Beliau Di Real Madrid

Vietnam Menyepi, India Serius Mahu Pancing Park Hang-seo

5 Sebab TMJ Tak Wajar Kemudi Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN