‘Jangan Kecam Kepa’ – Tuchel Mahu Kritikan Ditujukan Kepadanya Lepas Kalah Carabao Cup

Kepa Arrizabalaga

Aksi perlawanan akhir Carabao Cup semalam berakhir dengan penuh dramatik yang menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan.

Liverpool berjaya mendapatkan piala pertama yang ditawarkan dalam bola sepak Inggeris musim ini apabila mereka menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti.

Perlawanan yang dianggap oleh ramai pihak sebagai aksi akhir yang cukup berkualiti, berakhir dengan seri tanpa jaringan selepas 120 minit permainan.

Juara terpaksa dicari menerusi sepakan penalti dengan 21 pemain dari kedua-dua pasukan menyempurnakan tugas tersebut kecuali Kepa Arrizabalaga yang gagal melakukannya.

Kegagalan itu memberikan piala buat Liverpool, dan situasi ini begitu kejam buat Chelsea kerana saat Arrizabalaga melakukannya, beliau merupakan penendang ke-11 untuk kelabnya.

Sepakan melambung Arrizabalaga menjadi sebahagian daripada intipati perdebatan – kenapa bawa masuk beliau menggantikan Edouard Mendy?

Tindakan Thomas Tuchel yang menggantikan Mendy dengan Arrizabalaga itu menjadi persoalan, tetapi pengurus dari Jerman itu tahu apa yang beliau lakukan.

Pada hemat Tuchel, beliau adalah orang yang perlu dipersalahkan dan bukannya Arrizabalaga.

“Adakah anda fikir kami tidak berbincang mengenai perkara ini sesama skuad? Para pemain semuanya tahu mengenai perancangan yang ditetapkan dan kami telah lakukannya sebelum ini.”

“Ia memerlukan 11 penalti untuk mencari pemenang. Jika anda mahu salahkan seseorang, salahkan saya, tiada masalah.”

Tambah Tuchel lagi, Arrizabalaga adalah pemain yang cukup berusaha keras terutamanya ketika latihan diadakan.

Dan apa yang terjadi ketika perlawanan akhir semalam adalah sesuatu yang kejam untuknya.

“Kejam untuk beliau kerana menjadi satu-satunya pemain yang gagal sempurnakan sepakan penalti.”

“Saya tak boleh nak nilai semula keputusan saya selepas apa yang jadi. Saya buat keputusan bila saya nak dan saya bawa pemain masuk bila saya mahu.”

Tuchel juga tidak menafikan kesemua penalti yang diambil adalah cukup baik dan sukar untuk penjaga gol kedua-dua pasukan untuk melakukan sesuatu.

Perlawanan semalam menyaksikan Liverpool menjulang kejuaraan kesembilan mereka dalam EFL Cup (Carabao Cup) dan menjadikan mereka pasukan terbanyak memenangi piala tersebut dengan sembilan kali.

Rekod tersebut melebihi kejuaraan yang dimenangi Manchester City sebanyak lapan kali.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN