“Jangan Kacau Saya!” – Amaran Ten Hag Agar Man United Tak Ganggu Kerja Beliau

Erik ten Hag
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Bakal pengurus Manchester United musim hadapan, Erik ten Hag telah memberikan peringatan kepada majikan baharunya agar tidak menganggu kerjanya.

Kerja yang dimaksudkan bukanlah mengenai tugasnya di United kelak, sebaliknya adalah mengenai tugasan-tugasan akhirnya bersama-sama Ajax Amsterdam.

Menjelang penamat musim, Ajax kini sedang bertegang urat PSV Eindhoven dalam perebutan kejuaraan Eredivisie.

Hanya dibezakan dengan 4 mata, Ajax yang kini menduduki tangga teratas pastinya tidak mahu sebarang kesilapan berlaku yang boleh membuatkan mereka terlepas kejuaraan.

Oleh itu, ten Hag meminta agar pihak pengurusan United agar tidak menganggu tugasnya sepanjang baki empat perlawanan terakhir liga untuk tidak merencatkan fokusnya.

Menurut laporan Daily Mail, ten Hag telah memberikan amaran kepada pimpinan atasan United agar tidak menganggu beliau sepanjang baki saingan domestik Belanda itu.

Berbaki empat perlawanan lagi, ten Hag dan Ajax berhadapan tugas sukar apabila bertemu PEC Zwolle, AZ Alkmaar, Heerenveen dan Vitesse Arnhem.

Dengan mereka sudah kehilangan gelaran Piala Belanda di tangan musuh iaitu PSV, pastinya ten Hag tidak mahu kehilangan gelaran liga kepada lawan yang sama.

Lebih pedih, ten Hag pastinya tidak mahu dipandang serong oleh penyokong Ajax dengan mula kehilangan fokus selepas sah bakal menjadi pengurus United.

Kata orang, badan di Ajax tapi jasad di United.

Tugas sukar menanti

Selesai tugasannya di Belanda, tugas berat menanti buat ten Hag apabila tiba di England.

Hal ini kerana menurut Ralf Rangnick, beliau akan mempunyai kesukaran untuk menarik bakat-bakat handalan untuk memilih Old Trafford.

“Sebagai kelab, dari segi penyokong, stadium dan kualiti padang latihan, memang bagus.”

“Tapi kita perlu realistik, apabila kelab seperti Chelsea, Liverpool dan Manchester City terlibat [dalam perebutan pemain], anda memerlukan seseorang dan alasan yang munasabah untuk diterangkan kepada pemain.”

Rangnick berkata demikian apabila melihat Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel akan melakukan sendiri tugasan untuk mendapatkan pemain apabila bercakap terus dengan mereka.

Dan itulah yang Rangnick jangkakan daripada ten Hag, nak dapatkan pemain? Perlu cakap terus dengan mereka.

ten Hag setuju untuk mengemudi United selama empat tahun setengah dengan misi membawa kejayaan kepada The Red Devils.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN