Isu ketidaktentuan hak penyiaran untuk saingan Liga Malaysia 2020 masih lagi menjadi tanda tanya bagi semua pihak termasuklah penyokong.
Namun begitu, bagi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa mengatakan tidak perlu untuk berikan tekanan yang meninggi kepada Malaysian Football League (MFL) dalam usaha mereka menyelesaikan isu itu.
Menurut laman Sinar Harian, beliau meminta semua pihak untuk memahami kesukaran yang dihadapi MFL dalam menyelesaikan isu ini dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
“Jangan ditekan pihak MFL kerana untuk mencari penaja bukannya mudah terutamanya dalam keadaan sekarang. Nanti jadi masalah lain pula.”
“Kita tidak kisah mengenai jumlah yang bakal diterima kerana MFL sudah melakukan yang terbaik untuk semua pasukan.”
Isu mengenai hak penyiaran Liga Malaysia 2020 ini dijangka akan dimuktamadkan pada awal bulan Februari.
Datuk Hamidin Mohd Amin memberikan bayangan yang syarikat televisyen berbayar dan percuma bakal dijadikan sebagai penyiar rasmi bagi Liga Malaysia bagi musim ini.