Jang Suk-won Perkuat Pertahanan Kedah Musim Hadapan

Kedah Darul Aman mengambil pendekatan awal dalam persiapan pra-musim kali ini dengan mengikat pertahanan import baharu mereka, Jang Suk-won.

Pemain tersebut diperkenalkan secara rasmi di laman rasmi Kedah sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi.

Jang sebelum ini menjadi nadi penting di bahagian pertahanan Melaka United sejak musim 2017 dan mempunyai pengalaman yang meluas di serantau Asia sebelum itu dengan menyertai kelab Seongnam FC yang berpangkalan di Korea Selatan.

Selain beraksi di K-League 1, Jang juga pernah beraksi bersama Fagiano Okayama FC bagi saingan J-League 2 sebelum datang ke Malaysia bagi beraksi di Liga Super.

Untuk rekod, Kedah pernah menggunakan dua khidmat pemain import sebelum ini dari Korea Selatan pada musim 2014 iaitu Nam-kung Woong dan pertahanan kebal, Bang Seung-Hwan yang cemerlang memberi impak buat pasukan ini.

Kehadiran Jang yang menggantikan Renan Alves diharap oleh pengurusan dapat memberi impak yang lebih baik berikutan pengalaman beliau sepanjang beraksi bersama pasukan Melaka sebelum ini.

Selain Jang, pasukan Kedah dilihat bakal mengumumkan baki pemain import mereka dalam masa terdekat seperti yang diperkatakan oleh CEO mereka, Khamal Idris Ali pada sidang media dalam memantapkan persiapan Kedah pada musim hadapan.

Antara nama bakal pemain import baharu Kedah yang bertiup kencang dalam kalangan peminat dan laman kelab peminat seperti, Dechi Marcel, Dennis Buschening, dan Sonny Norde.

Pemain import yang sah meninggalkan pasukan adalah Renan Alves, Rabih Ataya, Anumathan Kumar, dan Kpah Sherman.

Tchetche Kipre dilihat masih menjadi teka teki kelibat beliu untuk bersama Kedah musim hadapan.

Sebelum itu, Kedah dilihat giat menandatangani pemain tempatan baharu yang kebanyakan produk mereka sendiri serta beberapa bintang dari kelab lain untuk mengukuhkan pasukan yang akan menghadapi saingan Asia musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN